Kepulan Awan yg Membentuk Nama ASHAARI

imaj-awan-21.jpg 

Imej Thumnail : imaj-awan-2.jpg

Lakaran seperti yang pernah disiarkan oleh akhbar Berita Harian di muka depan tidak berapa lama selepas kejadian tersebut pada tahun 1992, tanpa dua objek lakaran yg disembunyikan dari diketahui umum iaitu objek nama ASHAARI dalam tulisan Arab, juga imej orangnya. Ulama2 Pusat Islam semasa itu menuduh jemaah Al Arqam sebagai  penganjur  pertunjukan ‘LASER” tersebut. Tuduhan yang tak masuk akal

———————————————————————————-

Pada tarikh 26 Julai 1992, mulai jam 11.30 malam hingga jam 3.00 pagi, seramai 200 orang guru dan pelajar yang tinggal di asrama Sek Menengah Agama Hishamuddin, Klang telah menyaksikan satu fenomena alam semulajadi yang amat menakjubkan, yang tidak pernah berlaku sebelumnya di mana2 pun iaitu…

AWAN YANG MEMBENTUK OBJEK2 TERTENTU SEBANYAK 28 [ dua puluh lapan ] OBJEK SEMUANYA. malah ada beberapa orang pelajar sekolah itu yg sempat merakamkan gambar2 awan itu satu demi satu dengan kamera mereka.

Dalam media massa, yg dicatatkan adalah berlaku di sekolah tersebut sahaja, tetapi ramai orang di sekitar Klang yg keluar pada malam itu, turut  dapat melihat dengan jelas awan2 yg membentuk objek2 di langit itu.

Yg dilaporkan di akhbar dan majalah adalah sebanyak 26 [ dua puluh enam ] objek sahaja.

[Senarai berikut adalah  berdasarkan lakaran dari muka depan Berita Harian tidak berapa lama selepas peristiwa itu ]

——————————————————————————

1. Kalimah Allah dalam tulisan Arab and kalimah Lailahaillah Muhd Rasulullah dalam tulisan Arab

2. Janin manusia

3. Manusia dewasa

4. Mayat dibungkus kafan

5. Sebiji mata berwarna merah seperti sedang marah

6. Lidah panjang

7.  Lidah dipotong2 dan disambung semula, ditayangkan tiga kali

8.Perempuan berlari, rambutnya digantung atau ditarik kemudian rambutnya disambar api lalu terbakar. Mukanya bertukar menjadi binatang yg sgt hodoh, mulut meraung2 seperti dalam keadaan kesakitan yg amat..seterusnya mukanya menjadi tengkorak dan rambutnya menjadi kaku.

9. Sayap burung berkibar2

10.Perempuan berwajah babi

11. Kala jengking

12. Ular besar dengan mata bersinar2

13. Manusia berkepala anjing

14. Dua orang bergaduh kemudian bersalaman

15. Lelaki berserban sujud ke arah kaabah dan yang lain
membelakangi Kaabah dan sujud membelakangkan kaabah

16. Peta Malaysia terbalik ie Singapura di sebelah atas

17. Botol Arak

18. Tanda salib bertukar menjadi kubah masjid

19. Ayam

20. Sekor ikan

21. Peta negeri Arab Saudi

22. Mayat berkafan

23. Batu nisan

24. Seekor burung

25. Orang berdoa [ memakai telekung]

26. Tangan hendak mencapai sesuatu tetapi tidak dapat dan tapak tangannya ada bertanda bulat…

——————————————————————————

Selain itu peristiwa sama berulang di masa lain kpd pelajar2 dan guru2 Sekolah
Menengah Agama Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor seminggu selepas itu.

Seperti biasa hanya 26 objek yg diwar2kan wujud pada malam2 berkenaan, tanpa
dua imej lagi.Perkara sama juga berlaku di Balai Dakwah, Jeram, Selangor.Kejadian ini turut disahkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Selangor dalam satu mesyuarat khusus diadakan mengenai peristiwa tersebut.

Mereka mengambil kira maklumat daripada 11 murid dan 4 guru yg menyaksikan peristiwa tersebut beserta beberapa keping gambar yg ditunjukkan.

Mereka juga telah menerima saksi mata sebanyak 200 pelajar sekolah Hishamuddin, Klang.

Dua lagi objek yg tidak disiarkan itu telah disita, dirampas gambarnya dari pelajar2 itu oleh ulama2 rasmi tersebut .

Gambar dua objek tersebut adalah

1. Imej ustaz Ashaari Muhammad sendiri
2. Imej nama beliau dalam bahasa Arab yg dibentuk oleh awan2 tersebut, ASHAARI tanpa nama ayahnya.

LINK : KARAMAH YANG DITUDUH SIHIR

About these ads

36 Comments on “Kepulan Awan yg Membentuk Nama ASHAARI”

  1. CONCORDE says:

    masyaalllah,saya ada terbaca berita ni di paper masa student dulu. saya tak sangka ada dua objek lagi yg sebegitu.. jika benar ia berlaku, maka saya pun tak tahu nak kata aper. harap2 ada saksi yg melihat kejadian itu tampil untuk memberitahu kita di internet ni. terima kasih.
    ampunkan saya jika selama ni saya buruk sangka pada ustaz ashaari.

    Like this

  2. kebenaran vs kebatilan says:

    kepada concorde, lain kali jgn buruk sangka kpd abuya. kita kena kaji sesuatu perkara sambil minta petunjuk kpd Allah melalui doa, isthikarah, selawat disamping tiada prejudis didalam hati. itulah yang telah saya buat & akhirnya jumpa kebenaran melalui Abuya. Saya tak belajar agama tinggi, cuma hanyalah seorg arkitek. kebanyakan orang agama susah nak terima kebenaran sebab mereka ada penyakit sombong (mazmumah terbesar). kenapa sombong? sebab dia ada degree. Iman bukan pd degree.

    Like this

  3. Syed says:

    salam…

    dah lama tak dengar citer2 nie… bila dah semakin matang, cerita2 nie dah seperti tak masuk akal bagi orng2 yang secular. Ulama’ sendiri tak percaya kerana mereka lebih pada secular dari ambil pandangan agama. mesti ada sirr(rahsia) sebalik kejadian ini. saya bukan org nya untuk mensyarahkan cerita ini. tapi, kejadian ini sungguh pelik tapi BENAR.. wallahu’alam…

    Like this

  4. ghofor says:

    jgan mudah keliru dengan tipu daya syaitan;kenal dulu siapa SYAITAN baru anda kenal siapa itu abuya.

    Like this

  5. heliconia says:

    Ghofor, anda memasuki blog hampir semua anak2 Rufaqa, dan menyerang guru kami tak henti2. Saya rasa anda amat yakin bahawa suatu hari nanti kita semua akan melihat hakikat yg perjuangan beliau akan diberi kemenangan..

    Maka sebab itulah ketakutan itu anda tak dapat nak buangkan dari diri anda…

    Beliau berjuang bukan untuk dirinya, bahkan untuk semua umat Islam.Beliau memiliki ketinggian akhlak yg sukar utk dicontohi kita yang awam ini.

    Contohilah akhlaknya.

    Like this

  6. teman says:

    ramai orang yang bernama ashaari. sesiapa pun yang ada iras2 objek itu dan nama yang serupa dengan objek itu boleh mengaku itu imej dia. bukan niat saya nak memperkecil2kan @ nak mempermainkan. cuma bagi saya ALLAH mampu untuk menjadikan apa saja yang DIA berkehendak.

    Like this

  7. heliconia says:

    Oleh kerana saya ‘kesian’ sungguh dengan ‘teman’ yang saban waktu tak jemu2 menghantar komen yg menyatakan kebencian yg amat kepada Ustaz Ashaari Muhammad,dengan mengunakan berbagai2 username, maka saya pun approvelah mesej anda kali ini. Inilah mesej anda yang saya perkirakan, paling ‘genius’ dan ‘bergeliga’ sekali.Nampaknya anda mencampurkan dua kenyataan bercanggah dalam satu ayat.Harap2 anda sihat walafiat.

    Like this

  8. rED_liON says:

    ‘yg sayang terlalu sayang,yg benci terlalu benci’ smpy dh jelas dan nyata kebenaran, itupun masih dinafikan…
    ditakuti…petanda bakal mati dalam su’ul khatimah adlh menghina dan mencaci2 wali Allah.

    Like this

  9. teman says:

    sehingga kini tiada seorang pun alim ulama yang membenarkan ajaran abuya itu diteruskan. takkan tiada seorang pun alim ulama ini dapat melihat kebenaran dari ajaran yang dibawa oleh abuya. diharap awak dapat menjawab segala pertanyaan saya ini.

    Like this

  10. musaddiq says:

    Sebelum saya menjawab soalan teman, mohon agar disenaraikan nama2 alim ulama yang tidak membenarkan ajaran2 Abuya itu diteruskan, maka seterusnya saya akan menyenaraikan pula ulama2 yang menerima dan melihat akan kebenaran2 ajaran beliau itu.

    Like this

  11. rED_liON says:

    x ada?… klu ada pun bru ckp dah kene ‘gam’..yg dibenarkan ckp ialah ulama2 ‘tekukur’ je..cmne nak ckp klu mcm tu.yg ..tpi TUHAN tu maha adil.. tgoklah brapa ramai ulama2 ditanah arab dan dimerata dunia mengiktiraf beliau..klu x percaya lihatlah perjuangan beliau diwaktu ‘dulu’..itupun klu sudi lihatlah.. mzb

    Like this

  12. friend says:

    saya bukanlah seorang yang tinggi agamanya, tapi saya mengakui bahawa saya pernah mendengar ceria ini terus dari saksi yang melihatnya. mungkin ilmu saya masih belum cukup untuk mempersoalkan tentang yang mana hak dan yang mana batil. sedangkan rasulullah sewaktu dulu amat susah meyakinkan umatnya walaupun bermacam2 mukjizat telah dikurniakan kepada baginda. demi islam yang saya cintai.insyaallah

    Like this

  13. heliconia says:

    Ya, jika kepulan awan itu tidak membentuk nama ASHAARI, hanya objek2 seperti yg tertera di akhbar Berita Harian itu, maka pastilah ulama2 Pusat Islam seperti Tan Sri Dr Hamid Othman dan ahli politik yg relevan semasa itu spt Datuk Yusuf Noor berdiam diri sahaja.

    Disebabkan ‘masalah’ adanya nama ASHAARI dan IMEJ beliaulah, maka ulama2 Pusat Islam semasa itu riuh mengatakan tayangan2 itu adalah hasil pertunjukan laser jemaah Arqam semasa itu.

    Adakah jemaah Arqam yg masa tu masih diperingkat ‘kampung’ telah mendahului zaman dgn ‘pertunjukan’ yg didakwa ke atas mereka yg bersifat futuristik seperti itu?

    Like this

  14. mujahid says:

    saye harap ade saksi dari sek men agama hishamudin, klang boleh beri keterangan, dgn menulis crite sebenar dlm ruangan komentar ini…harap2 sgt….

    Like this

  15. heliconia says:

    Iya, saya sebenarnya ada ‘connection’ dgn orang2 di jabatan Mufti Selangor, [semua rekod ada di sana -samada dlm black and white atau off record]…tetapi isu Arqam dan Rufaqa ni sangatlah sensitifnya..silap2 ada yg kena dakwa lagi di Mahkamah nanti.

    Siapa berani nak buat kerja2 espionage, bertanya kepada org2 besar yg dah bersara atau masih ada yg memegang jawatan2 tertentu…Kalau pihak intelligence mungkin bolehlah…maksudnya Polis cawangan Khas.

    Dan pengakuan dari bekas2 pelajar dan guru boleh disiar di internet jika ia sahih..contoh ada Nama Penuh, IC, Foto, atau masuk YouTube ke. Lagi satu memang ada tergerak nak siasat kes ni dgn pergi interview org2/bekas kakitangan dan murid2 di sekolah2 tersebut termasuk Balai Dakwah Jeram, tapi it really need a good team work, with full ‘CSI’ facilities.

    I am positive someday it can be done, or maybe another set of images will appear in our skies, who knows?

    Tapi percayalah, bukti2 zahir sekarang tentang karamah Abuya pun ramai yang persenda dgn teruk sekali, jika dah nampak depan mata maunya ada yg menuduh beliau ahli sihir nanti..
    Bagi para ahli2 Rufaqa,mahupun mereka2 yg ada hubungan hati dgn beliau, karamah zahiriah Abuya adalah sesuatu yg lazim dialami,setiap hari.. so, insyaAllah, itu lebih menambah keyakinan mereka..pokoknya semua itu membantu menyerlahkan rasa2 kehambaan dan rasa kebesaran Allah..membuatkan bertambah gerun dan takut padaNya dan berusaha mendekatkan diri padaNya , sedaya upaya mencontohi sepertimana cintanya Abuya pada CINTA AGUNG NYA.

    Like this

  16. heliconia says:

    Sebenarnya yg bernama ‘friend’ itu bertanya dgn tujuan memerangkap,saya sudah padam beberapa ayat skrip perangkap beliau dan mengekalkan skrip lain yg asal.

    Maka saya ingin bertanya kepada ‘friend’, siapakah saksi yg bercerita kepada anda, depan mata anda, boleh anda kemukakan di sini? Setahu saya pihak team penulis buku eksklusif yg saya petik tulisannya dalam posting di atas pun ada saksi2 mereka sendiri..

    Like this

  17. rED_liON says:

    orang klu dah x suka bwklah saksi seramai manusia didunia ni pun x kan terima jgk kebenaran,buktinya dah berapa banyak TUHAN dah tunjukkan bahawa apa yang dibawa oleh Abuya ni memang satu kebenaran..tpi oleh dikernakan perasaan terlalu benci yang amat sangat maka semua yang positif telah dinegatifkan..moga2 TUHAN bukalah hati para2 penentang Abuya agar dapat menerima kebenaran ini kerana dikhuatiri bilamana sudah ternyata kebenaran yang dibawa oleh Abuya nanti akan menyesal x sudah..moga2 Tuhan ampunkan dosa kita kerana sudah banyak melakukan kesalahan pada Abuya…mzb

    Like this

  18. ..................... says:

    dulu saya macam teman juga tapi taklah teruk sangat.saya dengar orang kata abuya sesat,pengikut taksub dan macam2 lagi tapi alhandullillah Allah telah tunjukkan kebenarannya.saya hanya pernah bertemu dgn anak abuya sahaja saya mendapati mereka orang yg baik2.hati mudah terikat bila bersama dgn mereka.kenalilah mereka dgn sebenar-benarnya wahai teman dan janganlah berprasangka buruk.semoga tuhan memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua yg belum mengenali abuya dgn sebenar-benarnya……………………………

    Like this

  19. prinzzikhwan says:

    sedihnya sy baca penghinaan yg dilontarkan oleh penentang2 ini,,btapa sabarnya tdk pernah sekali pun melatah,apatah lagi tidak pernah sekali mendoakan kecelakaan mereka,bahkan mendoakan kebaikan kpd mereka..kepada yang menghina tu,bersyukurlah ada wali allah yg mendoakan kebaikan kpd anda [ edited ]

    Like this

  20. qwerty says:

    salam..
    bila datang yang Haq,yg bathil akan sirna..saya harap sebelum saya tutup mata saya dapat tengok mana yang Haq dan mana yang bathil…Amin

    Like this

  21. aregie_lyas says:

    SALAM,

    SUDAH BANYAK KALI SAYA BACA PELBAGAI KOMENTAR DI RUANGAN INI..

    TENTANG OBJEK DI LANGIT WALAUPUN SAYA TIADA DI SEK HISHAMUDDIN PADA MASA ITU..NAMUN SELEPAS DARI PERISTIWA ITU SAYA DAN BEBERAPA RAKAN PELAJAR DI UiTM SHAH ALAM – KALAU TAK SILAP SEKITAR 4 KE 5 BULAN SELEPAS PERISTIWA ITU TELAH MELIHAT SENDIRI OBJEK BERKENAAN PADA WAKTU MALAM SELAMA LEBIH KURANG 45 MINIT..

    DENGAN NAMA ALLAH WALLAHI WATALLAHI WABILLAHI SAYA BERSUMPAH BAHAWA PENYATAAN SAYA DI ATAS ADALAH BENAR DAN SAYA BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS APA YANG SAYA NYATAKAN DI ATAS.

    PADA YANG MENENTANG FAKTA INI ATAU KELIRU DENGAN PELBAGAI TUDUHAN PADA YBHG ABUYA..NASIHAT SAYA POHON DO’A DAN PETUNJUK PADA ALLAH SUPAYA DITUNJUKKAN MANA YANG BATHIL DAN MANA YANG HAQ.

    KERANA DARI PENGALAMAN SAYA KETIKA BELAJAR 18 TAHUN DULU DALAM MENERIMA ATAU MENOLAK BIMBINGAN YBHG ABUYA..SAYA YANG JAHIL INI TELAH BERMUNAJAT MOHON PADA ALLAH DENGAN IKHLAS HATI..KERANA PADA MASA BELAJO UNDANG-UNDANG ADA PEPATAH MENGATAKAN “DON’T JUDGE THE BOOK BY IT’S COVER” & “DON’T JUMP TO THE CONCLUSION”

    MAKA HASILNYA SAYA TELAH MERASA DIRI JIWA HAMBA DAN MERASAKAN BETAPA MAHA BESARNYA ALLAH S.W.T KETIKA BERTEMU DENGAN YBHG ABUYA..WALLAHUA’LAM

    KEPADA YANG TERSANGAT MEMBENCI DAN TIDAK DAPAT MENERIMA YBHG ABUYA..NASIHAT SAYA DAN PERTANYAAN SAYA

    ADAKAH ANDA YAKIN BAHAWA ANDA BETUL-BETUL IKHLAS DAN BENAR TANPA ADA RASA EMOSI DAN

    ADAKAH ANDA YAKIN DENGAN PENDIRIAN ANDA DAN ANDA MAMPU BERDEPAN DENGAN RABBUL JALIL DENGAN PENDIRIAN ANDA KETIKA
    ANDA SEDANG DI SAKARATUL MAUT.TIKA NYAWA DI TENGGOROK..

    FIKIR-FIKIR KAN LAH…

    Like this

  22. kalijogo87 says:

    sapa bleh bantu saya jumpa abuya lepas abih degree nanti, angakat tangan anda…

    Like this

  23. heliconia says:

    Kalijogo, nanti kita tanyakan aregie_lyas, pengirim komentar sebelum anda. Mana tahu ada rezeki..

    Dan adik kalijogo87, boleh juga e-mail pada saya di muntazirah2007@yahoo.com. Jika sudi.
    :)

    Like this

  24. sarah says:

    Assalammualaikum,

    boleh saya bertanya. dimanakah abuya skarang?? kalau betol la..semua bende ni..dimanakah pengikut2 beliau sekarang?
    sekiranya ramai pelajar dan guru yg betul2 nampak semua objek tersebut..takkan xde sesiapa simpan buktinye..sebab kite nak tengok juga kan..kalau ade gambar :D

    terima kasih

    Like this

  25. sophia says:

    kalau benar Ikhlas hati kita, insyaAllah Allah permudahkan kita untuk bertemu Abuya dan jemaahnya.

    Ada baik juga kita pergi sendiri melawat tempat-tempat yang telah diketahui keberadaan mereka seperti di Country Home Rawang. Dari situ kita boleh mula mengenali dan menjalin silaturahim dengan mereka :)

    Like this

  26. heliconia says:

    Soalan Sarah itu sama jugalah dengan soalan, di manakah foto Timbalan Perdana Menteri bersama Altantuya di sebuah restoran di Paris ? ( Jangan percaya dgn foto tiruan ala MP Tian Chua yang ada di internet ini ). Maaf saya bergurau

    Balik ke tajuk post, foto2 mahupun negatif filem telah dirampas, sedangkan foto kepulan awan yang berlaku di sek agama di Johor baru2 ini pun tiada khabar berita..?

    Apapun saya yakin suatu hari nanti rahsia ini akan terbongkar.

    Wallahu alam.

    Like this

  27. habibi says:

    ALLAH PASTI AKAN MENGHANCURKAN SEGALA PERBUATAN KOTOR ORANG-ORANG UMNO TERHADAP ABUYA

    Like this

  28. dr.bius says:

    maaf sy org baru….
    mulanya sy pun ada rasa ragu terhadap abuya…tapi setelah melayari laman blog ni..dah hampir seminggu….alhamdulillah Tuhan membukakan pintu hati ini…
    sy dpt merasakn sesuatu yg luar biasa…suatu perasaan kehambaan yg sngt membutuhkn pertolongan dari YG MAHA AGONG…ALLAH AZAWAJALLAH
    semga tuhan membantu sy sentiasa….doakn sy agar dipermudakan atas jalan kebaikan
    ameen

    Like this

  29. Jebat says:

    sy memikirkan apakah imej di langit tersebut membawa petanda,mungkin Allah S.W.T hendak mengkhabarkan pada hamba-hambaNYA ttg sesuatu,cuma kita yg tidak begitu peka dan jauh sekali utk memahami dan mengakui kebesaranNYA.Sesungguhnya janji Allah itu benar,kita semua sudah pun berada di akhir zaman…

    Like this

  30. Jeffery says:

    Teringat lagi artikel mengenai peristiwa ini yang disiarkan dalam akhbar yang mana sebahagian daripadanya ada menyatakan lebih kurang begini; ” Diminta orang awam yang inginkan penjelasan mengenai kejadian tersebut agar tidak menghubungi penuntut atau sekolah berkenaan, tetapi hendaklah berhubung terus dengan pihak yang berkuasa”.

    Kalau difikirkan sekarang,kelakar juga komen yang dibuat oleh jabatan agama ini.Apa tidaknya, kata-kata sedemikian seolah2 ingin menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang ramai.Tapi mereka lupa kata2 beginilah membuat orang lebih ingin tahu kedudukan yg sebenar. Dan kata2 beginilah membuat orang lebih ingin lagi terus berhubung dengan yang menyaksikan kejadian tersebut dengan mata kepala meraka sendiri.Macam reporter atau penyiasatlah katakan.Sudah tentu bukti yang lebih konkrit lagi tepat boleh didapati dari saksi itu sendiri daripada mendapati dari pihak kedua atau ketiga.Dan sperkara lagi, memang sudah menjadi lumrah tabiat manusia yang suka menambah-nambah cerita yang didengar dari orang lain supaya menjadi lebih menarik atau dramatik.Atau boleh dikatakan mengurangkan fakta dari cerita sebenar disebabkan ada kepentingan diri sendiri sepertimana hal yang terjadi dalam kes ini. Hai, manusia,manusia!

    Like this

  31. nadaFitrah says:

    assalamualaikum warah matullah, saya orang baru jadi saya harap tuan-tuan semua tlg tunjukkan jalan kebenaran!

    Like this

  32. Fauzzuddin says:

    Wslm wb, pelbagai sudut ssorang tu mendpt Islam – keturunan,pkahwinan,kajian,dengar azan dr masjid,dapat dlm penjara n bnyak lg, semua itu pertanda sseorang itu diberi hidayah. Taufiq akan menyusul bila sseorng sanggup bermujahadah “hamba2-Ku yg mdekatiku sejengkal Aku dekati sehasta.. “(Hadis Qudsi). Episod seterusnya ialah baiki diri(taubat),lengkapkn ilmu asas, istiqamah beramal, jemaah, pimpinan. Setelah melalui semua itu tak banyak sangat fenomena yang boleh mengganggu jiwa si hamba sbb solat yang khusyuk ke peringkat ihsan itulah keluarbiasaan yang tidak terlisan. Kejadian luar dari kebiasaan di persekitaran kita ia merupakan bonus buat insan yang ikhlas,lurus,sangka baik,pandangan hati berfungsi. Begitulah lebih kurang. ana menafaatkan ruang ini, klu era 80′an dulu kene istiqamah gi usrah dgn mmber2 rapat, masa ni, dah ada bende ni, eloklh tekan2 buton tu…

    Like this

  33. heliconia says:

    zaman sekarang kekuatan yang paling ampuh untuk mengamalkan Islam adalah secara berjemaah dan ada pimpinan yang berterusan.. Ilmu2 harus difahami, yang paling penting adalah penghayatanya….

    Like this

  34. Ai Sheila says:

    Saya ingat sgt benda ni sebab pada hari imej2 tu kuar kt BH, saya sepatutnya pegi tgk majlis graduasi adik saya kt tadika tapi lepas baca paper tu, saya jadi ketar2 mcm nk kena histeria so tak jadi kuar rumah. Sebabnya? Imej no. 5, 6, 7, 8 tu, dah keluar dalam mimpi saya mlm sebelum tu. Benda ni berlaku dah lebih 20 thn tapi saya ingat mlm tu saya masuk tidur awal dr biasa, mlm agak panas, masa tu umah kat kuantan, phg. Saya bangun pagi mmg berpeluh2 sebab mimpi pelik2 tu. So, bila terbaca kat paper, terus jadi panik sebab memang sebijik mcm dlm mimpi. Yang paling jelas yang no.8 tu la… tapi dlm mimpi lg menakutkan sebab imej org betul dgn jeritan yg mengerikan. Lepas tu, takut terus nak free hair. Saya ingat masa tu mak saya pun pelik tgk saya, dia pun panik. Bila dia tanya, saya jawab saya dah mimpi benda2 tu malam tadi. Sampai sekarang, saya tak boleh jelaskan kenapa saya boleh mimpi benda yang sama yg akan keluar dlm akbar esoknya. So, saya mmg tak boleh terima langsung teori acara laser tu. So, sapa plak yg laser kat otak saya masa saya tgh tido? That’s all, tak percaya suka atilah. Allah lebih Mengetahui…

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,061 other followers