Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

‘Berunding utk Tangguhkan Kematian’

Hal Berdoa dan Berunding Tangguh Kematian

Percaya terhadap qadha dan qadar adalah termasuk di dalam rukun iman. Secara ilmunya, Qadha Allah itu terbahagi kepada dua iaitu qadha mubram dan qadha muallaq. Qadha mubram ialah ketentuan Tuhan yang sudah dipastikan manakala qadha muallaq ialah ketentuan Tuhan yang dikaitkan dengan sesuatu seperti doa. Melalui doa, qadha muallaq ini boleh sahaja berubah dengan izin Allah sepertimana sabda Nabi s.a.w.

“Doa itu boleh menolak qadha. Doa ini adalah sebahagian daripada usaha atau ikhtiar manusia. Doa ini ada diperintahkan oleh Tuhan sepertimana firmanNya:“Berdoalah kamu kepada Aku, nescaya akan Aku kabulkan” (Al-Mukminun:60).Adalah dalam iktikad ahlus sunnah wal jamaah, bahawa ikhtiar atau usaha itu diperbolehkan namun ikhtiar atau usaha manusia tidak memberi bekas dan yang memberi bekas itu adalah Allah jua. Adalah ketetapan juga bagi yang beriktikad Ahlus sunnah, wajib percaya pada Sifat 20 yang wajib bagi Tuhan, merujuk kepada Imam Abu Hasan Asyaari. Yang menetapkan antaranya bahawa Allah itu bersifat Qudrat (berkuasa) dan Iradat (Berkehendak). Apapun yang manusia lakukan ia tertakluk kepada Qudrat dan Iradat Tuhan. Ini sekaligus menolak bahawa kuasa manusia sepenuhnya boleh menentukan usaha mereka atau usaha mereka memberi bekas sepertimana fahaman menyeleweng Qadariah.Manusia tetap akan mati kerana Allah telah menetapkan, “Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati” (Al-Imran:85).Adalah seseorang itu bila sampai saat kematiannya, dia tidak dapat menangguhkan kematian sepertimana firman Allah seperti berikut:

“Dan Allah tidak akan sekali-kali menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya.” (Al-Munafiqun:11)

“Maka apabila datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun” (Al-A’raaf: 34)

Namun berpegang kepada doa itu boleh mengubah qadha muallaq, kita dibolehkan dan dianjurkan berdoa agar kita panjang umur dalam kebajikan. Agar Allah tidak mematikan kita sekarang, moga-moga dilambatkan mati kita dengan harapan kita boleh hidup lagi di muka bumi ini dan terus-terusan membuat kebajikan. Walau bagaimanapun, tetaplah ada satu tarikh dalam ilmu Allah yang kita ini akan menemui ajal. Dan terserahlah kepada Tuhan samada nak kabulkan atau tidak permintaan kita itu atas qudrat dan iradatNya.

Bercakap mengenai hal wali Allah atau orang soleh berunding dengan Tuhan, hakikatnya mereka itu berbuat bagi pihak Tuhan. Tinggal lagi Tuhan gunakan mereka menjadi sebab bagi melengkapkan perencanaan Tuhan. Maha Hebat Tuhan, Tuhan mempunyai kerajaanNya yang ada malaikat termasuk orang-orang pilihanNya menjalankan tugas bagi pihakNya. Tidak timbul isu yang seorang wali Allah itu mempunyai kuasa menghidup atau mematikan mahupun menginjakkan tarikh kematian sebab mereka itu berbuat bagi pihak Tuhan. Kalaupun berlaku, hakikatnya itu datang dari Tuhan dan tidak ada yang mustahil bagi Tuhan melakukannya. Ini bagi sesiapa yang meyakini kuasa Tuhan yang kun fayakun, bila Dia berkata jadi, maka terjadilah. Orang yang memahami ilmu Tuhan secara mendalam akan memahami bahawa hakikat sebenar yang berbuat adalah Tuhan. Ditamsilkan seperti suara orang yang bercakap keluar daripada radio. Lahirnya, nampaklah seperti radio yang bercakap. Walhal sebenarnya, yang bercakap bukanlah radio itu, tetapi seseorang yang beroperasi di tempat lain. Radio hanya menjadi alat penyampai.

Kehebatan wali Allah ini memainkan peranan untuk Tuhan dinukilkan dalam satu hadis Rasulullah s.a.w.:

Beliau bersabda dalam satu hadis qudsi:
“Dan tiada mendekati hambaKu kepadaKu dengan suatu pekerjaan yagn lebih Aku sukai daripada melakukan pekerjaan yang Aku fardhukan kepadaNya. Dan hambaku sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan melaksanakan solat-solat nawafil hingga Aku mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya, dengannya dia mendengar, Aku menjadi penglihatannya, dengannya dia melihat, Aku menjadi tangannya, dengannya dia bertindak, Aku menjadi kakinya, dengannya dia berjalan. Jika dia memohon kepadaKu maka Aku benar-benar akan memberinya dan Jika dia meminta perlindungan kepadaKu maka Aku benar-benar akan melindunginya”.

Dalam sabda beliau yang lain:
“Berhati-hatilah dengan pandangan hati orang mukmin, kerana dia memandang dengan cahaya Allah”.

Apa yang dituliskan ini diharap dapat mengungkai sedikit sebanyak kekeliruan di kalangan sesetengah pihak berkenaan dengan hal seseorang yang boleh berunding atau berdoa untuk menangguhkan kematian.

—————————

Mohd Fazel Salleh

December 31, 2006 Posted by heliconia | Kisah Orang Soleh | | 6 Comments

Sheikh Dituduh Membuat Duit Palsu

HISTORY REPEATS ITSELF….

BERBAGAI-BAGAI TUDUHAN TELAH DILEMPARKAN KEPADA SYEIKH SUHAIMI

 Setengah daripada orang-orang yang telah memusuhinya itu telah menuduh bahawa “tariqat” dan ilmu-ilmu yang diajarkan oleh Syeikh Suhaimi itu salah atau syirik. Erti syirik dengan ringkas ialah menyekutukan Allah maka hukum orang yang menyekutukan Allah itu ialah kafir. [Tuduhan seperti ini sudah dijawab].

ISTILAHAH MASAKINI -SESAT & MENYESATKAN

 Setengah musuhnya yang lain pula telah menuduh konon ia ada menubuhkan satu kumpulan jahat, bahkan ada yang lagi yang mengatakan bahawa tariqat yang diajarkan olehnya itu bukan tariqat, bahkan ada pula yang menghukumkan bahawa wanita-wanita yang membaca Maulid dengan menyaringkan suara hukumnya haram.

 Akhirnya setengah daripada musuh-musuhnya yang sangat marah kepadanya [sehingga mereka tidak dapat menahan kemarahan mereka] telah mengadukan kepada pihak pemerintah Singapura [dengan menghantar surat 'layang' iaitu tanpa ditandatangani, atau dengan lain-lain cara lagi] tentang kesalahan-kesalahan yang kononnya dilakukan oleh Syeikh Suhaimi itu, dan satu daripada tuduhan-tuduhan itu ialah bahawa Syeikh Suhaimi ada membuat wang-wang palsu ialah kerana mereka lihat bahawa kehidupan Syeikh Suhaimi agak mewah juga sedangkan ia nampaknya tidak mempunyai pekerjaan atau perniagaan yang munasabah untuk menghasilkan wang yang lumayan.

MEMBUAT WANG

 Tuduhan yang telah tersebut itu dapat diketahui ialah kerana pada suatu hari seorang merinyu bangsa Eropah beserta beberapa orang mata-mata biasa telah datang ke rumah Syeikh Suhaimi untuk menyelidik satu pergaduhan ; iaitu Syeikh Suhaimi konon ada membuat wang palsu, sebagaimana baru tersebut tadi. Syeikh Suhaimi telah menyatakan kepada pihak polis itu bahawa ia benar boleh membuat wang, tetapi wang itu wang betul, bukan wang palsu. Dan jika pihak polis mahu melihat bagaimana membuat wang itu ia akan tunjukkan . Memanglah pihak polis itu mahu melihatnya.

 Syeikh Suhaimi pun menarik salah sebuah daripada laci mejanya dan menunjukkan laci itu kepada orang-orang polis tadi. Sekalian mereka yang ada di situ, dapatlah melihat dengan nyata bahawa laci itu kosong. Setelah itu maka Syeikh Suhaimi pun sembahyang hajat dua rakaat lalu ia berdoalah kepada Allah, kemudian ia terus menarik sekali lagi akan laci yang kosong tadi. Tiba-tiba kelihatanlah oleh sekalian yang hadir bahawa laci yang kosong itu penuh dengan wang emas, lalu Syeikh Suhaimi pun berkatalah kepada merinyu tadi bahawa begitulah caranya kalau hendak membuat wang, bahkan ia telah menawarkan kepada merinyu itu supaya ia mengambil sedikit daripada wang itu jika ia mahu, tetapi merinyu itu enggan mengambilnya.


SANGAT MEMERANJATKAN

 Setelah itu maka Syeikh Suhaimi pun memasukkan kembali laci tadi lalu ia pun sembahyang hajat dua rakaat sekali lagi dan kemudian apabila ia menarik laci itu keluar semula, tiba-tiba tidaklah kelihatan wang itu. Laci itu telah kosong semula. Sanya, kejadian yang luar biasa tadi sangatlah memeranjatkan sekalian yang hadir termasuklah merinyu itu sendiri.

 Dengan tidak bercakap banyak lagi maka pihak polis itu pun keluarlah meninggalkan rumah Syeikh Suhaimi itu. Dan semenjak itu maka senyaplah begitu sahaja tentang Syeikh Suhaimi ada membuat wang palsu itu. Bahkan segala tuduhan-tuduhan yang lain terhadap Syeikh Suhaimi yang diadukan kepada pihak polis itu tidak lagi mendapat apa-apa layanan dan maksud yang jahat itu tidak memberi bekas atau menghasilkan apa-apa akibat kepada Syeikh Suhaimi [Rahimahullahu Taala].

BALASAN PERMUSUHAN-PERMUSUHAN ITU

 Dengan keadilan Allah SWT maka kebanyakkan orang-orang yang membuat permusuhan kepada Syiekh Suhaimi itu telah menerima balasan yang buruk, porak-peranda dan kerosakan atau kecelakaan . Setengah daripada mereka telah kena penyakit selama bertahun-tahun sehingga rosak rupa dan sifatnya dan setelah mati pula maka harta benda telah punah-ranah. [kecuali si wali mendoakan sebaliknya-pt]

 Setengahnya lagi telah terkena batuk darah sehingga mati dan begitu juga dengan punah-ranah harta bendanya. Ada pula yang menuduh bahawa ajaran Syeikh Suhaimi itu salah dan sesat dan orang itu juga telah kena muntah darah, tetapi walaupun ia akhirnya telah sembuh setelah mencari berbagai-bagai ubat di dalam masa yang lama dengan belanja yang banyak namun pangkatnya telah hilang dan ia telah mati dalam keadaan yang terhina. Setengahnya lagi telah berubah atau hilang akalnya hingga ia mati.

 Selain daripada itu ada pula murid-muridnya yang telah berpaling tadah dan engkar serta mencaci akan ajaran ataupun peribadi Syeikh Suhaimi sendiri. Bahkan ada juga yang menjalankan ajarannya pada zahir sahaja sedangkan pada batinnya atau hakikatnya ia semata-mata hendak mencari wang untuk kepentingan diri sendiri dengan menjual “nama Syeikh” Suhaimi. Maka orang-orang yang tersebut ini juga telah rosak akal mereka atau tidak sempurna kehidupan mereka sehingga akhir hayat mereka.

SESUAI DENGAN SABDA NABI S.A.W 

 Akibat-akibat yang baru tersebut itu dan akibat-akibat yang sepertinya memanglah tepat dengan sabda Rasulullah SAW begini ;


Ertinya ;
   ” Daging para ulama itu racun. Barang siapa memakannya nescaya ia binasa.”
 
 Tujuan hadis ini dengan lebih nyata ialah bahawa orang-orang yang suka menghina-hinakan ulama atau sangat benci kepada mereka sehingga berani membuat fitnah terhadap mereka nescaya akan mendapat laknat dan bala daripada Allah S.W.T dengan sebab mulianya ulama itu pada sisi Allah S.W.T.

 Ada pun orang-orang yang dinamakan ulama itu ialah mereka yang alim di dalam ilmu-ilmu agama Islam serta menjalankan amal ibadat dan menjauhkan maksiat. Tegasnya orang-orang yang bertaqwa.

BERTAUBAT DAN MEMINTA MAAF

 Tetapi sayugialah disebutkan di sini bahawa setengah daripada seteru-seteru Syeikh Suhaimi itu telah insaf dan bertaubat pada Allah S.W.T serta memohon maaf kepada Syeikh Suhaimi di hadapan Syeikh Suhaimi sendiri dan Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T orang-orang itu telah terselamat.

MAUNNAH, KAROMAH, MUKJIZAT DAN SIHIR

 Sebelum kita teruskan Manakib Syeikh Suhaimi ini maka eloklah - bahkan pentinglah - kita nyatakan terlebih dahulu bahawa tiap-tiap kejadian yang luar biasa atau “ajaib” dan baik yang berlaku kepada rasul-rasul dan nabi-nabi itu dinamakan “Mukjizat“. Dan jika kejadian-kejadian yang seperti itu berlaku kepada orang-orang Islam yang sangat soleh dan kuat beribadat atau Wali Allah maka kejadian-kejadian itu dinamakan “Karomah atau Keramat”.

 Dan jika kadang-kadang kejadian yang seperti itu berlaku kepada orang-orang ahli ibadat yang biasa [orang soleh] maka kejadian itu dinamakan “Maunnah“. Tetapi jika kejadian-kejadian yang seperti itu berlaku kepada seorang yang ahli maksiat atau fasik maka kejadian itu dinamakan “Sihir”.

 Oleh yang demikian, maka saudara-saudara kita orang-orang Islam sekalian hendaklah mengetahui dan mengingatkan perbandingan terhadap perkara-perkara yang baru tersebut itu dengan betul supaya tidak terkeliru dan salah kepercayaannya [salah iktikad]. 

Dipetik dari Manaqib Syeikh Muhammad ibnu Abdullah AsSuhaimi

[ Boleh didapati di PERIPENSIS, Singapura]

December 27, 2006 Posted by heliconia | Miscl | | 5 Comments

‘Ramalan’ Nostradamus & Wali 9

 feather-ink.jpg

Ramalan Peramal-Peramal Terkemuka

Selain daripada keterangan dari setiap agama besar di dunia ini, terdapat pula sekumpulan peramal yang terkenal di dunia yang turut meramalkan kedatangan Imam Mahdi atau seorang pemimpin yang bertaraf dunia, yang akan turun untuk menjalankan pemerintahan yang sangat adil, pada zaman ini, pada abad ini, kurun ini dan alaf ini.

Memang meramal sesuatu ramalan adalah sesuatu yang buruk, boleh mendatangkan impak besar kepada akidah kita.

Namun ramalan yang bertepatan maksudnya dengan perkhabaran hadis-hadis, berita-berita dari asar para sahabat r.a, kasyaf para wali dan firasat para mukmin tidak salah jika disebutkan kerana keterangan mereka ini sebenarnya membantu menjelaskan lagi maksud hadis-hadis, asar-asar, kasyaf-kasyaf dan firasat-firasat itu. Hal ini sebenarnya tidak menjejaskan iman kita jika betul cara dan tempatnya.

Sebahagian mereka ini adalah peramal semata-mata, manakala sebahagian lagi adalah orang-orang besar bagi agama masing-masing, yang telah mencapai taraf kasyaf pula, iaitu menurut pandangan agama mereka.

Antara peramal yang bertaraf antarabangsa yang amat terkenal pada hari ini adalah Michel de Nostredame atau Nostradamus, suatu nama yang hampir sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sudah begitu terkenalnya. Ramalan-ramalannya sudah umum tersebar dan bukan sedikit pula yang sudah menjadi kenyataan. Antara ramalannya yang amat menggoncangkan dunia Barat ialah bahawa seorang pemimpin baru bertaraf dunia akan muncul, Islam akan kembali menguasai dunia pada alaf baru ini, dan seterusnya memerangi Kristian – Eropah.

Ramalannya bahawa seorang pemimpin baru beragama Islam akan muncul dan seterusnya menguasai seluruh dunia adalah berdasarkan ramalan beliau seperti berikut :

—————————————————————— 

In the year 1999 and seven months

from the sky will come the great King of Terror.

He will bring back to life the King of the Mongols;

Before and after, war reigns.

——————————————————————

Pada tahun 1999, bulan tujuh

dari langit akan turun seorang Raja Agung.

Dia akan menghidupkan kembali Khalifah

sejak itu dan seterusnya, perang meletus.

——————————————————————-

Tempat muncul pemimpin tersebut adalah di sebuah negara di sebelah Timur bukan di negara Arab atau di sebelah Barat, berdasarkan ramalan berikut:

——————————————————————-

From the three water signs (seas) will be born a man

Who will celebrate Thursday as his feast day

His renown, praise, reign, and power will grow

On land and sea, bringing trouble to the East

——————————————————————-

Dari pertemuan tiga laut, akan lahir seorang lelaki

Yang merayakan hari Khamis

Namanya, kemuliaan, jajahan dan kuasanya naik

Di darat dan laut, menggoncangkan seluruh Timur.

* Pertemuan tiga laut itu mungkinkah bermaksud sebuah SEMENANJUNG?

——————————————————————

Pemimpin berkenaan akan memimpin pasukan tenteranya yang besar jumlahnya untuk menyerang dan menakluki Eropah, dan dibantu oleh seluruh umat Islam.

——————————————————————-

One who the infernal gods of Hannibal

Will cause to be reborn, terror of all mankind

Never more horror nors the newspapers tell of worse in the past

Then will come to the Romans through Babel (Iraq)

——————————————————————-

Dialah dewa pembunuh manusia

Membangkitkan ketakutan kepada manusia

Tidak terbayangkan sebelumnya kengerian ini

Kemudian mendatangi Barat melalui Iraq.

——————————————————————

* Mungkin ini sebabnya para pembuat dasar Amerika [Yahudi] beria2 menakluk Iraq dan berkubu di situ kerana diprekdisikan bahawa Eropah serta dunia Kristian akan mula diserang di situ.

Pemimpin berkenaan memerangi, mengalahkan dan memasuki Eropah dengan memakai serban biru, membawa undang-undang Islam untuk diamalkan seluruh penduduk Eropah, dan peristiwa besar inilah yang amat menakutkan setiap hati pemimpin Kristian dan Yahudi.

——————————————————————

This King will enter Europe wearing a blue turban,

He is one that shall cause the infernal gods of Hannibal to live again

He will be the terror of mankind

Never more horror

——————————————————————-

Raja ini memasuki Eropah memakai serban biru

Dia menjadi dewa pembunuh seluruh manusia

Dia menakutkan seluruh kemanusiaan (sikafir)

Tiada lagi yang lebih menakutkan.

——————————————————————–

Anak murid Wali Songo yang amat terkenal di Pulau Jawa, Sabdopalon, turut menyebutkan bahawa Imam Mahdi akan dibaiat oleh sembilan tokoh Wali Ghausul Alam yang diketuai oleh seseorang dari Malaysia yang disebutkan sebagai Syeikh Malaya. Beliau menyebutkan bahawa,

“Imam Mahdi datang dengan pakaian serba putih dibantu oleh Rijalu’llah Ghaib atau juga disebut Wali Ghosul’alam sembilan yang di antaranya adalah Seh Malaya yang turun dari tanah Arab.”

Salah seorang Wali Songo iaitu Sunan Gunung Jati, turut membuat ramalan berdasarkan kasyaf dari Allah bahawa kebangkitan Islam kali kedua ini akan dipimpin oleh seorang tokoh yang memakai serban. Dia dikatakan amat berpegang teguh pada sorban kanjeng (ekor serban) Nabi Muhammad s.a.w. Yang dimaksudkan dengan sorban kanjeng itu adalah pemimpin umat yang terakhir, sesuai dengan kedudukan ekor serban yang terletak di hujung sekali. Sorban kanjeng juga bermaksud mengikut benar-benar setiap sunnah yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya dahulu.

Peramal dari Jawa yang disebut sebagai Pangeran Wijil, yang mengarang Kitab Rangka Jayabaya, turut membuat ramalan bahawa pemimpin yang dimaksudkan itu lahir di Makkah, memakai serban yang berlambang bunga tujuh cabang, orangnya selalu kesandung kesampar. Dia tidak pernah diduga akan menjadi pemimpin umat manusia pada suatu hari nanti. Dikatakan lebih lanjut lagi bahawa sebelum raja baru ini muncul akan berlaku huru-hara dan kerusuhan. Dan raja itulah yang akan menjadi orang tengah atau pengaman di antara pihak yang bergaduh itu.

Tanpa diduga-duga, orang ramai pun bersetuju melantiknya sebagai pemimpin mereka kerana jasanya yang amat besar itu dan keupayaannya yang menakjubkan itu.

Link :

Kemunculan Penyelamat Islam, Barat diambang KETAKUTAN!

TAKE A BREAK! With NoStRaDamUS

December 26, 2006 Posted by heliconia | Miscl | | 11 Comments

Lapan Faktor Kemunduran Suatu Bangsa

       colonial.jpg

antique-malaysia.gif

Islam adalah agama yang selamat dan menyelamatkan, untuk menjadi penyelamat tidak cukup dengan hanya memiliki ilmu Akhirat atau ilmu hukum hakam semata-mata.

Memiliki ilmu dunia, sangat membantu dalam memperjuangkan Akhirat. Bahkan ilmu dunia itu boleh di Akhiratkan atau boleh dijadikan ibadah.
 
Adalah menjadi kesalahan kepada pejuang-pejuang Islam yang tidak berminat dengan ilmu-ilmu dunia.

Keselamatan kita di Akhirat ditentukan bagaimana kehidupan kita di dunia.

Mari kita lihat kata-kata hukama yang berbunyi
“Manusia itu tabiat semulajadinya adalah makhluk yang maju.”

Apa maksud makhluk yang maju?

Tuhan telah menyiapkan kekuatan-kekuatan dalam diri manusia membolehkan manusia itu maju dan hendak maju.

Maka kalau manusia menggunakan alat-alat yang ada dalam dirinya, dorongan, kehendak-kehendak, ransangan-rangsangan untuk maju, kemudian menggunakan alat-alat yang ada pada dirinya juga seperti kekuatan akal fikirannya misalnya, maka manusia itu boleh maju.
 
Berbeza dengan haiwan. Dari mula-mula sampailah beranak cucu, budaya hidupnya tidak berubah.Haiwan tidak ada alat dalam dirinya, tidak ada dorongan untuk ia berubah atau bertamadun.
 
Sebab itu manusia di zaman awal-awal dahulu, di zaman batu, keupayaannya lebih sedikit sahaja dari haiwan. Ada yang duduk atas pokok, gunakan sumber air semulajadi, ada yang makan daging mentah. Lama-lama mansuia berubah sebab ada rangsangan dalam dirinya. Ada kehendak, kemahuan dan akal pun memikirkan bagaimana hendak membuat pembaharuan.Akal pun menggunakan alat-alat yang ada dalam dirinya untuk mendapat satu kemajuan.

Begitu juga dalam hal-hal pembangunan dan jalan raya. Dahulu, jalan raya hanyalah laut dan sungai. Sebab itu orang berkampung di tepi sungai dan laut. Tidak duduk di tengah hutan. Kalau duduk ditengah hutan pun, yang ada sungai.Kalau tidak, tak boleh hidup.
 
Tabiat yang ada pada diri manusia inilah yang merangsang dan mendorong untuk dia bertindak. Bila  sudah terdorong, dia pun berkehendak maka dia merangsang otaknya untuk berfikir.

Maka otak pun berfikir bagaimana hendak berbuat. Kemudian ia arahkan angota fizikal untuk membangun.Akhirnya bersambung-sambunglah ilmu itu hinggalah dunia jadi macam sekarang.

Yang jadi masalah, walaupun ahli hikmah itu berkata, manusia tabiat semulajadinya boleh maju, tak ada beza apa bangsa atau etnik tetapi kita lihat ada bangsa yang sangat maju, ada yang sederhana dan ada yang seolah-olahnya hidupnya seperti 700-800 tahun lalu.

Antaranya penduduk di sesetengah tempat di Afrika. Rangsangan yang sama, dorongan yang sama, rasa hendak berubah sama, cara berfikir sama, kemampuan menggunakan tenaga lahir pun sama tetapi hasilnya tidak sama.

chinatown-kl.jpg

Foto Hiasan : Chinatown KL. Pandangan lazim di seluruh bandar2 di Malaysia
 
Kalau ada orang bertanya, mengapa ada bangsa yang maju sangat dan sebaliknya ada yang mundur? Bagaimana hendak menjawab?

Kalau yang bertanya itu  orang bukan Islam, takkanlah kita hendak menjawab secara hukum-hakam Islam. Inilah masanya ilmu dunia itu sangat perlu.

Manusia itu fitrahnya sama tetapi hasilnya tidak sama sebab-sebab berikut:

Lihat juga : Teknik Penjajah supaya Melayu jadi “Bodoh & Miskin”
 
1. MALAS

Bagi sesetengah bangsa, rangsangan ada, kemahuan ada tetapi bila hendak berbuat, terasa malas. Bila berfikir bagaimana hendak buat, perlu minta bantuan Tuhan, banyak cabaran, terasa malas. “Makan sahajalah apa yang ada. Biar sajalah. Hiduplah dengan yang ada.” Malas boleh menjadikan sesuatu bangsa itu tidak maju. Sayangnya kemahuan dan tabiat semulajadi manusia yang mengejar kemajuan tidak dimanfaatkan. Pendorong yang Tuhan sudah berikan itu tidak digunakan sepenuhnya. Kerana tidak tahan cabaran, akhirnya manusia menjadi malas.
 
2. BANGSA YANG PERNAH DIJAJAH
Bangsa yang malas, tidak berjuang tetapi bangsa yang rajin, berjuang. Bangsa yang rajin menjajah bangsa yang malas. Maka bangsa yang malas dijajah. Penjajahan memakan masa paling singkat 100 tahun. Malaysia dijajah selama 450 tahun. Orang yang rajin berjuang, menjajah negara orang yang malas.Penjajah ini dasarnya, mereka sekadar hendak mengambil khazanah harta jajahannya. Bukan hendak mendidik anak jajahannya. Hanya beberapa orang untuk membantu kerja mereka yang dididik. Yang lain, pandai-pandailah hendak hidup sendiri. Sebab itu jalan raya, bangunan dibina sekadar perlu.Ilmu pun dicatu. Macam saya [ Ustaz Ashaari ] dulu, sekolah setakat darjah 7 saja. Selepas itu jadi guru. Itulah juga orang yang jadi nazir dan guru besar. Penjajah hanya ambil 2-3 orang, dipandaikannya untuk bantu tadbir negara itu dan digunakan unutk tundukkan rakyat. Penjajah mempergunakan rakyatnya sendiri untuk menundukkan rakyat. Bila rakyat hendak bangkit, rakyat tidak marahkan penjajah tetapi marahkan tali barut-tali barut itu.

Read more »

December 26, 2006 Posted by heliconia | KULIYYAH.....!, POLITIK MALAYSIA | | No Comments

Amanat Sheikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi

1.Hendaklah banyak dan selalu bersembahyang  sunat Taubat setiap kali atau sebaik sahaja melakukan dosa atau ketika merasa diri berdosa.Bertaubat hendaklah bersungguh-sungguh dan menangislah, sebaik-baiknya sehingga mengeluarkan air mata, berasa takut dengan azab Allah yang Maha dahsyat itu.

2. Banyakkanlah menangis dan mengadukan hal kepada Allah kerana mengenangkan dosa.      

3. Bermunajatlah (berdialoglah) secara langsung dengan Allah di waktu sendirian ketika sunyi (di tempat sunyi) kerana cara itu hijab dengan Allah itu terbuka.Dalam munajat itu mintalah supaya mati dalam di dalam beriman dan Islam dan supaya Allah membantu kita yang lemah ini.

4.Hendaklah menjauhi semua perkara yang haram dan makruh sama ada perkara zahir mahupun batin.

5.Sentiasalah dalam berkeadaan berwudhuk. Sekiranya terbatal, maka diambil semula. Orang yang berhadas, walaupun hadas kecil (tidak berwudhuk) akan terhijab dirinya daripada Allah.

6. Jangan menggunakan lidah untuk perkataan yang sia-sia. Hendaklah lidah dibasahi dengan selawat lantaran rindu kepada Rasulullah SAW. Sesiapa yang selalu berselawat kerana rindu kepada Rasulullah SAW, barulah Rasulullah  SAW akan rindu kepadanya. Sesiapa yang mencintai Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW pun akan cinta kepadanya dan  di akhirat baginda akan memberikan syafaat.

7. Perbanyakkanlah sembahyang sunat Dhuha kerana ia boleh  menenangkan hati. Setelah sembahyang Dhuha ikutilah pula dengan membaca Al-Quran. Bacalah Al-Quran sebanyak mungkin yang kamu termampu.

8. Hendaklah redha dengan Allah. Sesiapa yang tidak redha  dengan Allah, maka di dalam hadis Qudsi, Allah telah mencabar supaya mencari Tuhan lain selain daripada-Nya. Hendaklah redha dengan Rasulullah SAW dan rasul-rasul yang lain.

9.Jangan tidur di waktu malam. Hidupkan malam dengan beribadah kepada Allah, munajat, mengenang dosa dan bertaubat sebanyak-banyaknya. Sesiapa yang tidur banyak di waktu malam bererti dia lalai daripada mengingati Allah. Malam adalah masa yang terbuka hijab di antara hamba dan Allah.

10. Hati kita jangan dibiarkan lalai, hendaklah sentiasa beristighfar, bertasbih dan berwirid.

11.Jangan berhutang. Kalau berhutang, jelaskan segera walaupun 10 sen. Kerana sesiapa yang mati walaupun mati syahid, sedang dia menanggung hutang, maka ia tidak akan dapat masuk syurga.

12.Sentisalah ingat akan mati kerana orang yang ingat mati dekat dengan Allah.

13. Hendaklah bersangka buruk dengan diri sediri, dan bersangka baiklah dengan orang lain (sahabat).

14. Redhalah dengan sebarang takdir ketentuan Allah yang menimpa sama ada perkara itu baik atau buruk.

15. Suami adalah perantaraan (pembawa) isteri ke syurga.Oleh itu taatlah kepada suami bersungguh-sungguh. Semoga nanti dapat masuk syurga di mana yang dikehendaki. Kalau bersalah dengan suami walaupun kecil, bersegeralah minta maaf. Sentiasalah bermanis muka dan memberikan senyuman mesra kepada suami. Jangan melakukan perkara yang boleh menyentuh dan menyinggung hati suami.

16. Setiap kali mengakhiri doa, akhirilah dengan berdoa untuk semua guru-guru kamu.

Sheikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi

December 25, 2006 Posted by heliconia | Miscl | | 3 Comments

Keajaiban Abuya : diiringi malaikat?!

tarski21.JPG 

Dalam kitab tasawwuf bertajuk Ad Darun Nafis karangan
Syeikh Muhammad Nafis bin Idris ibnul Hussin Al Banjari,
ada tertulis yg berikut…

Sabda Nabi SAW,

Ertinya ” Jangan kamu ceritakan kepada manusia akan ilmu yang tidak sampai
kepada akal mereka itu, adakah kamu menghendaki bahawa diperdustakan
oleh mereka itu akan Allah dan RasulNya?’

Berkata lagi Abu Hurairah ra..

Ertinya ” Aku memperolehi daripada Rasulullah SAW dua buah bijana ilmu.
Satu daripadanya boleh kunyatakan,
manakala satu lagi, tidak boleh kunyatakannya.
Jika aku menyatakannya,
nescaya halkumku disembelih orang.”
…..Riwayat Bukhari.

Telah berkata Zainul A’bidin bin Al Hussin bin Ali bin Abi Talib ra..

Ertinya..” Sesungguhnya aku sembunyikan segala yg indah2 daripada ilmuku,
supaya tidak dilihat oleh orang jahil, maka sudah pasti ia akan
memfitnahkan aku..”

Berkata Sahl bin Abdullah At Atasturi qs
Ertinya ” Jangan kamu beritahu kepada orang2 yg baru belajar itu
segala rahsia sebelum tetap
pada mereka itu syariat dan tarikat”

Sebagaimana Nabi Allah Isa as berkata..
” Jangan kamu menggantungkan mutiara pada leher babi.”

************************************************************

 a-khusyu_.JPG

Kejadian benar yg saya petik ini telah berlaku sebelum Ustaz Ashaari Muhammad menulis buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam.

Pengamal tarekah Naqsyabandi yg diceritakan di bawah ini ( sudah almarhum) adalah salah seorang ulama sufi yg turut menyumbangkan ilmunya dan membantu Abuya menulis buku tersebut.

Pada suatu hari Abuya Ashaari Muhammad telah menerima sepucuk surat yg panjang dan tebal beserta isinya yg tidak elok dari seseorang yg tidak dikenali.
Semasa itu memang musim fitnah sedang melanda jemaah darul Arqam terutama oleh Utusan Malaysia.
Dipendekkan cerita akhirnya diketahui yg menulis surat itu adalah  Cikgu Maarof, pengamal Tarekat Naqsybandi yg tinggal di Batu Pahat, Johor.

Lalu Abuya Ashaari Muhammad dan rombongannya menziarahi Cikgu Maarof di rumahnya. 

Cikgu Maarof tidak disangka2 telah  menyambut Abuya  dengan penuh terharu,memeluk beliau sambil menangis dalam jangka masa yg cukup lama, hingga basah baju kedua2 mereka.
Setelah itu, barulah Cikgu Maarof bersalaman dgn ahli rombongan Abuya yang lain.

Rupa2nya pengamal tarekat Naqsyabandi ini, telah dikurniakan ilmu kasyaf oleh Allah SWT. Kata Allayarham, semasa Abuya dalam perjalanan memasuki rumah beliau, yang mengiringi rombongan tersebut adalah malaikat2 utama
termasuklah Jibril as, Izrail as, dan Israfil as.

Dan malaikat2 telah berbisik kepada dirinya ( Cikgu Maarof) ‘Inilah pejuang2 haq akhir zaman.”

Setelah hampir seminggu selepas tamu2 itu datang, rumah Cikgu Maarof masih berbau wangi, hinggakan baju yg digunakan semasa memeluk Abuya  pun tidak dibasuh kerana wanginya.

Kain lap tangan yg diguna Abuya turut berbau wangi.

Inilah antara bukti2 zahir yg Ustaz Ashaari Muhammad adalah seorang yang membawa Islam yg benar.

PETIKAN : SUMBER EKSKLUSIF
 

December 25, 2006 Posted by heliconia | Miscl | | 18 Comments

Imam As Suyuti Yaqazah dgn RSAW >70x

Abdul Rahman bin Abu Bakr As-Suyuti

 

Imam As-Suyuti terkenal kerana alimnya dalam ilmu Hadis sehingga beliau digelar ‘Syeikhul Hadis’. Di samping itu beliau juga terkenal sebagai seorang yang diberi oleh Allah banyak Karamah.

 

Kelebihan Imam Suyuti dalam ilmu Hadis menyebabkan beliau sering difitnah oleh orang-orang yang menaruh hasad terhadapnya.

 

Di Mesir, beliau pernah memberi fatwa yang tidak disenangi oleh beberapa orang yang merasa bersalah akibat fatwanya itu. Mereka menghasut supaya beliau disakiti. Seorang lelaki telah memukulnya dan melemparkan beliau ke dalam sebuah kolam bersama pakaiannya.

 

Imam Suyuti kemudian meninggalkan Mesir dan enggan datang lagi ke negeri itu, sementara orang yang memukulnya hidup melarat dan merasa lapar sepanjang waktu. Dia sentiasa berhutang dengan orang lain untuk membeli makanan, tetapi tidak berdaya membayar hutangnya. Setiap hari orang datang mengetuk pintunya menagih hutang, namun dia madsih berhutang dengan orang lain.

 

Ada sekumpulan orang hendak menguji Karamah Imam Suyuti, lalu mereka meminta beliau menyatakan (menerusi kasyafnya) apa yang akan terjadi pada seorang penguasa daerah yang terkenal zalim terhadap rakyat di daerah itu.

 

Imam Suyuti berkata, penguasa yang zalim itu pada sekian hari akan terbunuh dan akan diganti dengan orang yang namanya fulan bin fulan.

 

Denagn niat buruk, mereka menyampaikan ramalan Imam Suyuti itu kepada penguasa yang zalim itu hingga penguasa itu memerintahkan orang-orangnya mencari Imam Suyuti untuk dihukum bunuh.

 

Tetapi Imam Suyuti berjaya meluluskan dirinya dan tidak dapat dikesan selama 40 hari hingga penguasa yang zalim itu sendiri terbunuh dan diganti dengan penguasa yang lain.

 

Syeikh Najmul Ghazi meriwayatkan dari seorang khadam Imam Suyuti yang bernama Muhammad bin Ali Al Hibak yang bercerita bahawa Imam Suyuti pernah berkata kepadanya : ‘Aku akan bawa engkau ke Masjid Al Haram untuk bersembahyang Asar, dengan syarat engkau tidak memberitahu sesiapa tentang hal ini sepanjang hayatku.’

 

Khadam itu bersetuju mematuhi syarat tuannya itu. Maka Imam Suyuti pun memengang tangannya dan menyuruh dia memejamkan matanya. Kemudian dia ditarik oleh Imam Suyuti berjalan sejauh 27 langkah. Kemudian beliau disuruh membuka matanya.

 

Kata khadam itu : ‘Masa aku membuka mata, aku lihat kami sedang berada di Ma’la dekat kuburan Siti Khadijah. Kami menziarahi kuburnya dan kubur Imam Fudhail bin Iyadh dan Sufyan bin Uyainah. Kemudian kami masuk ke Masjid Al Haram dan tawaf serta minum air Zam-zam. Bila sampai waktu Asar kami pun sembahyang Asar berjama’ah.

 

Kemudian Imam Suyuti berkata : ‘Perjalanan kita dari Mesir ke Makkah ini tidak menghairankan. Lebih hairan, ada seorang Mesir yang duduk hampir dengan kita tapi tidak mengenal kita’.

 

Imam Suyuti berkata : ‘Sekarang tugas kita di sini telah selesai. Jika kamu mahu tinggal di sini saya izinkan.’ Tetapi khadamnya lebih suka untuk pulang. Lalu Imam Suyuti memegang tangannya dan membawa dia berjalan tujuh langkah sambil memejamkan matanya.

 

Bila dia membuka matanya, dilihatnya mereka sedang berada di daerah Juyusyi, di kota Khahirah. Dia mengikut Imam Suyuti ke Masjid Ibnu Tulun dengan menunggang keldainya.

 

Salah seorang murid Imam Suyuti bernama Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili meriwayatkan bahawa Imam Suyuti pernah berkata : ‘Aku pernah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga (bukan dalam mimpi). Aku dipanggilnya : ‘Wahai Syeikhul Hadis!’ Dan aku pernah bertanya : ‘Ya Rasulullah s.a.w. apakah aku termasuk ahli syurga?’ Rasulullah menjawab : ‘Ya benar.’ Aku bertanya lagi : ‘Tanpa diseksa dahulu?’ Baginda menjawab : ‘Ya, sesuka hatimu.’

 

Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili pernah bertanya : ‘Wahai tuan guru, berapa kali tuan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga?’ Imam Suyuti menjawab : ‘Lebih 70 kali.’

Imam Suyuti wafat di Kahirah, Mesir tahun 911 Hijriyah.

 

Sila rujuk kitab2 terkenal dalam bahasa Arab:

1. Jamik Karamatul Aulia - Al Allamah Syeikh Yusuf bin Ismail an Nabhani

2. Tazdkiratul Aulia - Fariduddin Atar

December 25, 2006 Posted by heliconia | Kisah Orang Soleh | | No Comments

Tiada ulama sunnah yg berani membela…(M’sia)

MASIH ramai umat Islam yang menganggap hanya ulama yang rasmi (yakni ulama Kerajaan) sahaja yang berhak memberi pandangan dan fatwa, yang boleh dan layak untuk dipercayai dan didengar cakap, sikap dan keputusan mereka yang berkait dengan Islam. Orang selain mereka, seolah-olah tidak diiktiraf dan tidak sah untuk memberi pandangan atau fatwa dan tidak boleh bercakap tentang Islam. Kalau orang itu hendak bercakap juga, dia mesti ada tauliah dan pengesahan dari ulama rasmi tadi.Hasil dari anggapan yang sedemikian itu, maka masyarakat mengambil sikap untuk mempercayai pandangan dan fatwa dari ulama rasmi sahaja, manakala ulama-ulama yang tidak rasmi, tidak perlu didengar dan dipercayai pandangan dan fatwa mereka. Seolah-olahnya dalam apa hal sekalipun, ulama rasmi saja yang benar dan tidak bersalah. Ulama yang tidak rasmi, tidak berjawatan di Pusat Islam atau di Jabatan Agama Negeri-Negeri, lebih-lebih lagi yang tidak ada degree, semua pandangan mereka di-anggap salah, konon kerana tidak berkelayakan.Anggapan ini disokong oleh ulama-ulama rasmi itu sendiri yang menghadkan kuasa untuk bercakap tentang Islam dan memberi fatwa hanya untuk golongan mereka sahaja.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Yusof Noor pemah berkata:“Kita tidak mahu campurtangan pihak-pihak lain dalam Islam berterusan. Kalau ada pihak lain yang cuba membawa sesuatu yang berbeza dengan apa yang mereka bawa selama ini, maka golongan itu dicurigai bahkan mungkin dihukum atau disesatkan.

Masyarakat pun, oleh kerana tidak faham duduk perkara yang sebenar-nya, ikut samalah menghukum dan menyesatkan pihak tadi. Walaupun butir-butir tentang hukuman dan tuduhan itu tidak pernah dilaporkan secara terbuka.

Sepatutnya kesilapan itu sudah lama disedari dan diperbetulkan.

Islam ialah satu kebenaran mutlak yang datang dari Allah SWT, termaktub ajarannya dalam Al Quran dan hadis. Siapa yang dapat mencari, memahami, mengikuti, mengamal dan memperjuangkannya maka individu itu termasuklah dalam senarai orang yang benar, yang ada hak untuk bercakap, memberi pandangan dan fatwa mengenai Islam itu.

Walaupun orang itu tidak berjawatan rasmi dalam jabatan-jabatan kerajaan, namun cakapnya boleh diterima dan patut di-ambil kira. Malah kiranya terjadi perselisihan pendapat antara ulama rasmi dengan ulama tidak rasmi tadi, maka bukan semestinya kesalahan itu di pihak yang tidak rasmi tadi.

Untuk membuktikan kenyataan ini, mari saya bawa saudara melihat dari dekat apa yang sedang berlaku sekarang ini. Menurut ajaran Islam, yang jelas tertulis dalam Al Quran, riba itu haram, bergaul bebas lelaki dan perempuan ajnabi, apalagi bersalaman antara mereka, juga haram. Mendedah aurat haram, mengumpat, memfitnah, menuduh, menipu, menggelapkan wang, berzina, berjudi, membazir, arak dan lain-lain semuanya haram. Perintah haram adalah suatu hukum yang kalau dilanggar bererti melakukan dosa.

Bagi orang yang faham hukum tentang perkara ini, nescaya mereka tidak melakukannya. Dan akan mengeluarkan pendapat mengharamkan perkara itu. Siapa juga yang berbuat demikian, walaupun tidak ada jawatan rasmi, maka mereka adalah benar dan pendapat itu sah menurut Islam. Dan sekiranya ulama rasmi se-kalipun, tapi meringan-ringankan perkara haram tadi dan men-diamkannya, maka sikap demikian adalah salah menurut Islam dan tidak sepatutnya mereka berbuat begitu.

Dalam soal ini, kelihatan ulama-ulama rasmi tidak hiraukan sangat. Walhal kalau dihalusi hal ini pun sudah cukup untuk jadi dalil bahawa bukan semestinya ulama rasmi saja yang betul. Bahkan hari ini, dalam banyak hal, sikap kebanyakan ulama rasmi sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Sedangkan rakyat biasa begitu bersungguh-sungguh terhadap agama mereka.

Bukannya kerana kurang ilmu. Ulama kita terutama ulama rasmi kebanyakannya lulusan tinggi di universiti dalam atau luar negeri. Tetapi ialah kerana tidak mampu melawan nafsu. Iman tidak cukup kuat untuk menolak keinginan nafsu kepada keindahan-keindahan duniawi tadi. Ingin juga hendak berbuat baik, tetapi keinginan pada dosa lebih kuat lagi. Maka terjadilah ada golongan yang membuat bid’ah. Dan termasuklah dia dalam golongan penindas dan penzalim.

Oleh itu, ilmu sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu Mukmin sejati. Iman dan taqwa mesti dicari juga melalui amalan-amalan dan mujahadatunnafsi (melawan hawa nafsu) yang sungguh-sungguh untuk mendorong ilmu-ilmu tadi dapat diamalkan sebaik-baiknya.

Pusat Islam ada mengeluarkan buku Penjelasan Kepada Buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam, namun kita telah dapati penjelasan itu bukan menjawab, sebaliknya membawa satu pendapat lain, menggunakan kitab-kitab rujukan oleh ulama lain.Kelihatan dua aliran fahaman dan pegangan yang berbeza dalam satu perkara.

Dan kalau begitu, perbezaan itu bukannya antara saya dengan Pusat Islam,

tapi antara dua blok ulama yang dicetuskan dalam kitab-kitab mereka.
Iaitu ulama-ulama muktabar dengan ulama-ulama mutaakhirin.
Dengan kata biasa, perbezaan antara ulama tua dengan ulama muda.

Ulama-ulama dulu menganut fahaman bermazhab dan mereka ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Manakala ulama-ulama akhir abad ini banyak terpengaruh dengan fahaman-fahaman tanpa mazhab, secara sedar atau tidak.

Kitab-kitab rujukan saya kebanyakannya ditulis oleh ulama-ulama tua (muktabar) bermazhab Syafie.

Manakala Pusat Islam mengambil dari kitab-kitab yang ditulis oleh ulama moden yang terpengaruh dengan Barat.

Lalu tidak pelik kalau buku saya itu ditolak oleh Pusat Islam. Bahkan diharamkan dan disesatkan. Ulama-ulama di Pusat Islam ialah lulusan syariat dan usuluddin. Saya kira tidak ada ulama yang pakar di bidang tasawuf dan kerohanian di sana. Kalau ada pun bukan tasawuf yang praktikal, tapi tasawuf secara falsafah yang dibuat di University ofCairo atau universiti di Barat (yang tentunya dipengaruhi oleh fahaman Barat).

Memanglah fahaman Wahabi menolak tawasul, karamah, yaqazah, Imam Mahdi dan tariqat. Ertinya, buku AMPDA dalam pandangan Wahabi adalah salah, bid’ah, sesat dan lain-lain.

Tapi kita menunggu mana dia ulama-ulama Ahli Sunnah yang berani berkata benar, walaupun pahit. Masakan mereka mahu berdiam diri melihat apa yang berlaku kini?

Alhamdulillah, seorang demi seorang bangun untuk membela aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

(Pusat Islam adalah nama lama bagi JAKIM)

Sheikh Abuya Ashaari Muhammad

December 24, 2006 Posted by heliconia | BERITA REALITI | | 5 Comments

Al Mahdi dari Timur : Arab-Melayu?

A hadeeth :

Al Mahdi is a descendant of Prophet Muhammad, may praise and peace be upon him, via his daughter, Lady Fatima from either her son Al Hasan or both her sons Al Hasan and Hussain, may Allah be pleased with them, and his name will be the same as Prophet Muhammad’s – son of Abdullah.He will be tall with a dark complexion. He will be handsome and his face will shine like a glittering star. His forehead will be broad, and he will have a prominent nose; his eyebrows will be shaped and long, however they will not be joined. As for his eyes, they will appear to be mascaraed but they are not, it is natural. Upon his right cheek there will be a mole, his beard will be thick and his teeth evenly spaced. On his shoulder will be a black lump of flesh surrounded by hair resembling a seal, and his thighs will be widely set.

—————————————————————————–

SIFAT - SIFAT PERIBADI

Sifat2 peribadi Imam Mahdi ada dinyatakan sama ada oleh hadis-hadis mahupun oleh para tabiin dan juga para ulama yang kemudian daripadanya. Keterangan yang berterabur di sana-sini itu bolehlah disusun semula sehingga menjadi satu keterangan yang jelas.

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa beliau lebih banyak sifat bangsa Timurnya (Ajam) daripada bangsa Arabnya. Ini disebabkan tempat lahirnya adalah dinegeri sebelah Timur, keturunannya memang telah bercampur dengan bangsa Timur, adat istiadatnya juga sedikit sebanyak bercampur dengan adat istiadat bangsa Timur dan bahasa yang digunakannya juga adalah bahasa bangsa Timur itu.

Pendek kata, Timurlah yang lebih menonjol dalam diri beliau, sama ada sebelum kemunculannya atau pada ketika munculnya kelak.

Timur yang dimaksudkan di sini adalah  Malaysia dan Indonesia. Tidak ada kawasan lain di dunia ini yang lebih layak dipanggil Timur selain daripada Asia Tenggara inilah. Sebabnya, jika Khurasan kita katakan Timur, Nabi SAW sudah pun menyatakan dengan jelas dalam beberapa buah hadis nama Khurasan, dan tidak ada pula sebarang hadis yang menyatakan Khurasan itu sebagai Timur. India, Afghanistan dan Pakistan juga tidak boleh dikatakan Timur.

Iran dan Iraq juga lebih-lebih lagi tidak layak dipanggil Timur kerana negara berkenaan tersebut dengan jelas dalam beberapa buah hadis, dengan nama Kufah dan Ma Wara an-Nahar, juga kadang-kadan disebut Parsi. Jadi, mana dia negara lain yang benar- benar boleh dikatakan Timur? Takkanlah Thailand, Hong Kong dan  China itu boleh dikatakan Timur, kerana di negara-negara berkenaan, umat Islam adalah amat minoriti dan tidak akan mampu bangun menjadi kuasa pemerintahan untuk Imam Mahdi.
Jika demikian,jelaslah bahawa tidak ada kawasan lain lagi yang lebih patut dikatakan Timur, selain kawasan kita inilah sahaja dan merupakan satu-satunya kawasan yang layak digelar Timur.

Dalam sebuah hadis sahih (riwayat Imam Muslim) disebutkan Timur adalah kawasan yang paling hujung bumi ini yang manusianya menerima Islam sebagai agama mereka.

Amat jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan hujung bumi ini adalah Asia Tenggara kerana di sinilah kawasan terakhir yang manusianya beramai-ramai menerima Islam sebagai
agama mereka.

Kawasan selepas Asia Tenggara ini, tidak ada yang menerima Islam secara beramai-ramai sehingga bangsa yang beragama Islam itu mampu memerintah negara.

Jika ada yang Islam pun, hanyalah golongan yang amat minoriti. Lihatlah contohnya di Korea, Jepun dan negara-negara Kepulauan Pasifik.

Maknanya, Imam Mahdi itu boleh pula dikatakan Ahlulbait yang berbangsa Melayu, memakai adat istiadat Melayu dan bercakap dalam bahasa Melayu. Jika demikian, alangkah bertuahnya bangsa
Melayu
pada akhir zaman ini! Sama seperti bertuahnya bangsa Arab zaman dahulu kerana memiliki Nabi Muhammad SAW, yang lahir dari bangsa mereka, bercakap dalam bahasa mereka dan memakai adat-istiadat mereka.

Bagaimanapun, sebagai perincian sifat peribadinya, berikut ini dinukilkan beberapa sifat khusus beliau, keadaannya, kemunculannya dan pemerintahannya seperti yang kita dapati daripada sumber- sumber hadis, asar dan juga ucapan tabiin.

 Sabda Nabi SAW,

” Al-Mahdi adalah daripada anakku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagaikan bintang yang bergemerlapan, pipi kanannya ada tahi lalat, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah dia adalah keturunan Bani Israel, dia akan mengeluarkan harta karun dan akan menundukkan kota-kota maksiat”.

(Abu Nuaim)

Kata tabiin RH,

“Al- Mahdi adalah seorang yang beralis nipis lagi terpisah kedua-duanya dan besar biji matanya.
Dia akan keluar dari Hijaz dan berkhutbah di atas mimbar Damsyik, sedangkan usianya baru 18 tahun.”

Daripada kedua riwayat diatas, beberapa perkara dan kefahaman dapat kita ambil secara ringkas seperti :

1. Wajahnya bergemerlapan bagaikan bintang.

Maksudnya ialah wajahnya amat berseri-seri dan menggembirakan setiap mata yang melihatnya. Seri wajahnya itu adalah seri wajah ahli syurga,seri wajah seorang penghulu ahli syurga, seri wajah kekasih Allah SWT, seri wajah dari seorang ahli ibadat, seri kerana amat bersih hatinya dan juga seri dari keikhlasan hatinya.

2. Kulitnya kemerahan seperti kulit orang Israel.

Nyatalah bahawa Imam Mahdi bukan lagi seperti kulit orang Arab, tetapi lebih kepada kulit orang Ajam dengan warna yang kemerahan. Maksud tersirat ialah, kulit yang merah itu
tanda negeri tempat kelahirannya adalah negeri yang panas.
Kulitnya macam kulit orang Israel itu adalah tanda bahawa keturunannya sudah bercampur dengan Arab dan Ajam, iaitu penduduk asal negeri yang panas cuacanya.

Orang-orang Arab yang datang ke Timur ini, lazimlah kulit mereka menjadi kemerah-merahan.

3. Beliau belajar di Hijaz.

Syarat ini perlulah dipenuhi kerana telah dijelaskan begitu. Namun, ramai orang tidak memahami maksud ucapan tabiin ini, lalu terus mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi sedangkan jejak kaki pun tidak pernah ke Hijaz itu. Maksud belajar itu adalah belajar daripada guru-guru yang bertaraf wali dan mujtahid, terkenal solehnya dan mendapat bimbingan secara langsung dalam hal tarekat sufi.

4.Kulitnya Sawo Matang

Kata sahabat RA,

“Kulit al-Mahdi berwarna coklat (sawo matang)”.

Daripada ucapan sahabat RA di atas, dapatlah diambil erti bahawa Imam Mahdi itu kulitnya berwarna, bukan putih cerah seperti kebiasaan warna kulit orang Arab. Disebutkan warna kulitnya di dalam bahasa Arab sebagai coklat, bukannya putih atau cerah. Jelasnya warna coklat yang dimaksudkan itu adalah sawo matang.

Dan jika kita cantumkan semua keterangan yang ada mengenai Imam Mahdi ini, jelaslah bahawa Timur yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah kawasan Nusantara ini. Mustahillah orang Jepun dikatakan berkulit coklat atau sawo matang. Begitu juga orang Cina, jarang sangatlah yang didapati yang kulitnya coklat seperti yang diisyaratkan oleh asar.Orang Siam [Thai] juga tidak ada yang benar-benar coklat kulitnya secara umum. Malah mungkin ramai orang Siam
yang akan tersinggung jika dikatakan mereka itu berkulit coklat. Orang-orang di India juga tidak dikatakan coklat kerana mereka secara lazimnya, berkulit lebih daripada coklat. Hal ini memang
pun sudah diketahui oleh seluruh dunia. Orang Pakistan juga tidak boleh diistilahkan sebagai coklat kerana mereka lazimnya berkulit kemerah-merahan.

Tidak pernah lagi kedengaran ada orang mengatakan bahawa orang Pakistan itu kulitnya coklat.
Tidak tahulah pula pada zaman akan datang, ada orang yang menganggap orang Pakistan itu berkulit coklat juga.

Jadi, kesimpulan yang dapat diambil daripada asr di atas ialah, memang Imam Mahdi itu, tidak syak lagi adalah dari kalangan bangsa Melayu ini, tidak kiralah sama ada asalnya dari mana-mana Kepulauan di Indonesia, Singapura, Selatan Filipina, Malaysia mahupun Selatan Siam. Semua orang Islam yang tinggal di kawasan berkenaan lazimnya dipanggil orang Melayu dan kulitnya lazimnya bewarna coklat. Mereka tidak marah jika dipanggil demikian, malah mereka sendiri yang menyebut kulit mereka adalah coklat.

` Dan tidak syak juga, bahawa bangsa Ajam yang dimaksudkan itu adalah bangsa Melayu ini. Ini adalah kerana mereka bangsa terakhir yang menerima Islam sebagai agama mereka secara beramai-ramai dan selepas kawasan ini tidak ada lagi bangsa lain yang menerima Islam secara terbuka dan beramai-ramai. Dan bangsa Timur yang dimaksudkan oleh hadis-hadis yang didalamnya ada segolongan umat Islam yang istimewa yang dipanggil IKHWAN itu adalah dari bangsa Melayu ini, sudah amat jelas, tidak lain dan tidak bukan. Tidak perlu lagi kepada huraian yang lebih lanjut dan terperinci untuk menjelaskannya.

Sebab lain yang membantu menguatkan hujah ialah faktor agama. Maksudnya penerimaan agama Islam di kalangan masyarakat umum dan penghayatan kepada Islam yang sangat intensif. Pada masa ini, hanya orang-orang di rantau ini yang benar-benar menerima Islam sebagai agama mereka secara besar-besaran dan beramai-ramai. Tidak ada tempat lain yang berbuat sedemikian seperti oarang Melayu ini. Mereka melakukannya secara sukarela, tiada paksaan, tiada sentimen melulu seperti semangat yang berapi-api dan tidak juga melalui penguatkuasaan undang-undang.

Masyarakat Melayu juga adalah kaum yang pada hari ini di lihat paling menonjol penghayatan kepada Islam sebenar. Bangsa- bangsa lain tidak ada yang dilihat penghayatan Islamnya lebih tepat, lebih bersungguh-sungguh, berdasarkan kemahuan sendiri, tidak melampau (radikal dan menakutkan) dan penuh hikmah. Keadaan ini berlaku bukanlah dengan disengajakan, tetapi sebenarnya memang telah disusun sedemikian rapi oleh Allah SWT sendiri iaitu secara semula jadi.

Hanya sekaranglah perkara ini baru disedari oleh bangsa Melayu itu sendiri, terutamanya dari kalangan yang kuat mengamalkan
ajaran tarekat dan dakwah.

Secara tidak langsung juga asar sahabat RA ini menjelaskan bahawa Imam Mahdi itu bukan lagi berketurunan Arab seratus peratus, sebab orang Arab jati jarang yang kulitnya bersawo matang.

Percampuran antara darah Arab dan Ajam menyebabkan kulit Imam Mahdi itu tidak lagi seperti kulit bangsa Arab jati, tetapi sudah bewarna seperti warna kulit bangsa Ajamnya itu. Jika kulit Imam Mahdi itu seperti kulit Arab jati, tidak perlulah lagi disebutkan oleh para sahabat RA warna
kulitnya itu, kerana memang orang Arab itu kulitnya putih dan kemerah-merahan seperti yang lazimnya. Bagi bangsa Arab pula, berbezanya kulit Imam Mahdi daripada kulit mereka menjelaskan bahawa Imam Mahdi itu bukan lagi milik penuh bangsa Arab, suku Quraisy, Bani Hasyim, Alawiyin atau Ahlulbait.

Dan mereka pula bukanlah lagi bangsa pendokong agama suci ini pada masa ini.

Maksud lain yang dapat diberikan di sini adalah sebagai suatu penghormatan kepada bangsa Ajam yang menjadi tempat kelahiran Imam Mahdi. Dikatakan Imam Mahdi itu berkulit
coklat, sebagai tanda bahawa umum masyarakat setempatnya berkulit demikian, walaupun mungkin Imam Mahdi itu sendiri tidaklah begitu coklat kulitnya seperti mereka. Apabila bergaul dengan masyarakat setempat, maka kulitnya pun dikatakan kelihatan
seperti mereka. Ini sebenarnya adalah suatu penghormatan yang amat besar dan amat bernilai bagi bangsa Melayu zaman ini, kerana Imam Mahdi itu lahir dari kalangan mereka.

Untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai masalah kulit Imam Mahdi ini, lihatlah hadis yang berikut dalam tajuk seterusnya. Semoga dengan ini, kefahaman kita selama ini mungkin kurang jelas atau tidak jelas, dapat dijelaskan dengan sejelas-jelasnya. Kita juga tidak digalakkan berfikir terburu-buru sehingga tidak sempat membuat keputusan dengan adil dan tepat.

Fikirkan dari segenap aspek dan keadaan supaya ilmu kita benar-benar membawa manfaat kepada kita.

Kulitnya Macam Kulit Orang Arab

Sabda Nabi SAW,

“Kulit al- Mahdi adalah seperti kulit orang Arab, bentuk tubuhnya adalah seperti bentuk tubuh orang Bani Israel, pipi kanannya bertahi lalat dan kekhalifahannyadiredhai olrh penduduk bumi, penduduk langit dan burung-burung di angkasa.”
(Abu Nuaim & at-Tabrani)

Bentuk tubuhnya adalah seperti bentuk tubuh orang-orang Israel,yakni besar dan tegap. Ini menunjukkan bahawa Imam Mahdi adalah seorang yang gagah dari segi fizikalnya dan amat
mantap pula dari segi rohaninya. Keadaan fizikal yang besar ini perlu kerana seorang pemimpin yang berbadan tegap akan menggerunkan musuhnya. Penyataan ini adalah berdasarkan pandangan bangsa Ajam tempat tinggalnya, bukan dari sudut pandangan bangsa Arab lagi. Sebabnya orang Arab dengan orang Yahudi hampir sama sahaja bentuk dan saiz badan mereka, jadi tidaklah mereka melihat bangsa yang lain itu lebih besar tubuhnya daripada bangsa yang satu lagi.

Hanya orang-orang Ajam sahaja yang memandang tubuh orang Arab dan Israel itu lebih besar daripadatubuh badan mereka.

Hidungnya Mancung

Dari Abu Said al-Khudri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Al-Mahdi adalah dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana
sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia memerintah selama tujuh tahun.”

(Abu Daud & al-Hakim)

Hidung Imam Mahdi adalah mancung. Pernyataan ini adalah tanda bahawa Imam Mahdi itu lahir dari kalangan orang atau kaum yang hidungnya ‘tidak mancung’. Jika tidak,
masakan perkara ini perlu disebut oleh Nabi SAW, kerana bangsa Arab memang diketahui umum memiliki hidung yang mancung-mancung belaka. Terlalu jarang atau boleh dianggap pelik jika dikatakan ada orang Arab yang hidungnya tidak mancung atau pesek. Maksud tersiratnya,
Imam Mahdi itu benar-benar lahir di negara Ajam.

——————————————————————————

Imam Mahdi- Rahsia Kegemilangan Umat Islam Pada Zaman Moden

& Persoalan Berkaitan
Hawari Abdul Malik 2000

December 24, 2006 Posted by heliconia | PENYELAMAT | , , | 8 Comments

Ijtihad siapa Imam Mahdi : Pengakuan Cucu Sheikh Suhaimi

thumb-ustaz_taha_suhaimi_2.jpg 

Ustaz Taha Suhaimi

Dari mana pada awalnya, Ustaz Ashaari Muhammad mendapat maklumat bahawa Syeikh tariqatnya, iaitu Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi, [seorang wali Allah berketurunan Rasulullah SAW] itu bakal muncul sebagai Imam Mahdi?

Salah satu sumber alam zahirnya [sumber bukan dari alam wali ] adalah bersandarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Al Fadhil Almarhum Ustaz Muhammad Taha Suhaimi, cucu kepada Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi sendiri, seperti yang tersiar di dalam akhbar Sunday Times, Singapura pada 13 Julai 1986.

Ketika itu tiada apa-apa dakwaan dari Majlis Ugama Islam Singapura [MUIS], atau Pusat Islam Malaysia [sekarang JAKIM] bahawa Ustaz Muhammad Taha Suhaimi telah sesat. Tetapi apabila perkara ini disebut oleh peribadi yang bernama Ustaz Ashaari Muhammad, terus melentinglah ulama-ulama Pusat Islam Malaysia …  lantas menuduh Ustaz Ashaari sesat dan menyesatkan.

sundaytimes.jpg

Terdapat beberapa alasan utama, mengapa cucu pengasas Aurad Muhammadiah membuat dakwaan terhadap datuknya itu..

1) Pengakuan itu adalah lanjutan daripada pendedahan2 lain yg dibuat di dalam buku Manakib (semacam Biografi) Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi itu. Buku itu ditulis di dalam bahasa Jawa, dan seperti manaqib Syeikh tariqat lain, tidak dimaksudkan untuk sebaran umum, ia hanya untuk pengamal Aurad Muhammadiah sahaja. Pendedahan awalnya telah dibuat oleh anak Syeikh Suhaimi itu sendiri iaitu Ustaz Muhammad Fadhlullah As Suhaimi.

syaikhfadhlullah.jpg

Ustaz Fadhlullah Suhaimi - Penulis Manaqib

 2) Pengamal Aurad ini sudah berkembang pesat di Pulau Jawa, Singapura, Johor, Sumatera dan lain-lainsemasa itu, jadi pengakuan itu adalah khas untuk meyakinkan pengamal2 aurad tersebut.

3) Menentukan siapa dia Imam Mahdi secara khusus hukumnya adalah harus dan tidak merosakkan akidah. Ini memandangkan persoalan ini adalah soal khilafiah sahaja. Atas dasar itu, Ustaz Muhammad Taha mengumumkan kepada pengamal Aurad Muhammadiah khususnya dan orang ramai amnya, bahawa datuknya itu bakal muncul sebagai Imam Mahdi. Ini berdasarkan beberapa isyarat dalaman yang diterimanya berkat Aurad yang diamalkannya sejak dahulu.

Beliau yakin ijtihadnya benar dan mendapat pahala kerana beliau yakin sudah mendapat ilmu yang cukup dan mencapai tahap mampu mengeluarkan ijtihadnya sendiri.

4) Pengakuan di akhbar itu tidak dibuat oleh Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi itu sendiri, juga, bukan dari khayalan cucunya itu, juga tidak bertujuan duniawi. Pengakuan itu dibuat berdasarkan fakta dan sumber-sumber meyakinkan akan kebenaran pengakuannya itu.

Tiada berlaku kesilapan fahaman antara ucapan beliau dengan apa yang dicatat wartawan. Beliau sendiri bertanggungjawab penuh terhadap pengakuannya mengenai datuknya itu. Sebelum pengakuan itu dibuat, beliau sudah mengkajinya bersungguh-sungguh dan mendapat segala maklumat yang diperlukan dari orang-orang soleh yang masih hidup, yang semasa itu sudah berumur lanjut dan pernah berjumpa sendiri dengan datuknya itu.

5) Pengakuan ini satu ijtihad, jika betul akan mendapat dua pahala, jika salah tetap mendapat satu pahala. Oleh kerana konsep SIAPA Imam Mahdi adalah furuk dan ikhtilaf di dalam Islam, tidak salah berijtihad mengenainya. Samada benar atau salah, tidak sampai menjejaskan akidah sebagai seorang Islam.

Orang-orang awam tidak akan terjejas apa-apa dalam soal ini, malah tidak dipaksa mempercayainya.

6) Pengakuannya tidak bermotifkan politik dan dia tidak menganggotai mana-mana parti. Beliau seorang guru agama yang gigih berjuang menegakkan hukum Allah [pernah menjadi presiden Mahkamah Syariah, Singapura]. Beliau juga bukan anggota jemaah Al Arqam hinggalah ke akhir hayatnya.

Dalam laporan akhbar itu Ustaz Muhammad Taha Suhaimi mengatakan datuknya belum mati.

——————————————————————–

Menurut Ustaz Ashaari Muhammad, beliau [Ustaz Ashaari] sendiri telah menemui ramai orang-orang tua [ahli zikir dan abid] yang hidup sezaman dengan As Sheikh Muhammad bin Abdullah itu, yang satu sama lain tidak kenal mengenal..yang melihat sendiri fizikal dan karomah-karomahnya.

Mereka berkata..

“ As Sheikh Saiyidi Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi itu mempunyai nama, sifat dan alamat betul-betul seperti apa yang dikatakan di dalam hadis-hadis mengenai Imam Mahdi.

Namanya Muhammad bin Abdullah, Ibunya Aminah, Berketurunan Arab dari Rasulullah SAW (generasi ke 33).

Kulitnya seperti kulit Arab [putih kemerahan]. Bentuk badan macam Israel [besar tinggi]
Ada tahi lalat di pipi kanan.

Hidungnya mancung serta berjanggut tebal.”

Seperti Ustaz Taha Suhaimi, mereka juga mengatakan Syeikh Suhaimi itu belum mati. Dan mereka percaya bahawa dialah bakal Imam Mahdi yang sebenar.

Ketika mula-mula mendengar cerita ini lama dahulu, Ustaz Ashaari susah mahu mempercayainya.

Di mana logiknya, seorang yang telah diusung ke pusara, dikebumikan pada tahun 1925M di Klang Selangor, dikatakan tidak mati?

Tetapi memandangkan orang-orang yang bercerita itu adalah ulama-ulama [anak cucu Sheikh Suhaimi] yang alim-alim dan lulusan universiti serta orang2 tua lain yang ahli ibadah, ahli wirid yang soleh2 dan warak2 maka Ustaz Ashaari mengambil sikap tawaqquf [yakni tidak menolak atau mengiakan kerana khabar itu sudah mutawattir].

Beliau mengambil sikap tawaqquf bermakna beliau tidak menolak.

Kerana, jika peribadi Sheikh Suhaimi ini sudah mati, mana mungkin dia bakal menjadi Imam Mahdi. Jika dikaji di dalam Al Quran dan Hadis, tidak mustahil ia berlaku bermaksud seseorang dipanjangkan umur atas kehendak Allah.

Contohnya:

1) Allah SWT telah merubah wajah seorang pengikut Nabi Isa a.s menjadi betul-betul seperti wajah Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s yang sebenarnya telah diangkat oleh Allah ke langit dan belum dimatikan. Demikianlah kehendak dan kuasa Allah.

2) Kuasa Allah SWT juga telah menidurkan tujuh orang pemuda di gua ( Ashabul Kahfi) selama tiga abad.

3) Nabi Allah Uzair juga dikatakan mati oleh kaumnya, tetapi 100 tahun kemudian dia muncul kembali.

Ustaz Muhammad Taha Suhaimi bercerita di Sunday Times Singapura 13 Julai 1986…

Pada hari Kiyai Agung di bawa ke kubur, seorang muridnya telah berjumpa dengannya di Port Klang dan beliau telah berkata kepada muridnya..“

Pergi lihat apa yang sedang berlaku di rumahku [di Klang]”.

Si murid pun pergilah ke rumah Sheikh Suhaimi dan mendapati orang ramai sedang menguruskan jenazah tuan gurunya itu.

Menurut Kiyai Mustahab, salah seorang kanan Sheikh Suhaimi, sewaktu pengebumian, di mana sebaik sahaja diletakkan jenazah Sheikh Suhaimi ke dalam liang lahad, nampaknya hanya kain kafan yang tinggal.

Hal ini tidak diketahui orang lain, Kiyai Mustahab hanya bercerita kepada orang-orang tetentu sahaja, bukan untuk diumumkan buat masa itu.

Kita cukup sedar bahawa telah banyak berlaku Imam Mahdi palsu sebelum ini. Dimulai sejak kerajaan Bani Umaiyah ke zaman Bani Abbasiyyah….

Di India, Mirza Ghulam Ahmad, Di Sudan pun suatu waktu dahulu ada Mahdi palsu. Di Indonesia pengasas tarikat Mufarradiah telah mengaku sebagai Imam Mahdi.

Di Makkah pada 1 Muharram 1400H seorang lagi Imam Mahdi palsu bangkit, iaitu Muhammad bin Abdullah Al Qahtani.

Di dalam manaqib Sheikh Suhaimi yang panjang itu, banyak diceritakan karomah2 Sheikh Suhaimi sebagai seorang waliAllah , beliau pernah berada dalam tiga tempat pada satu masa dan banyak lagi karomah2 lain.

Manaqib ini telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

Kisah2 wali Allah ada disebut dalam Al Quran iaitu Asif bin Barkhaya yang mengangkat singggahsana Permaisuri Balqis, Kisah Maryam ibu Nabi Isa, dan Ashabul Kahfi.

Kisah2 wali lain iaitu para umat nabi Muhammad SAW juga banyak….Kisah Saiyidina Umar Al Khattab r.a yang boleh memperdengarkan khutbah kepada tenteranya Sariah yang beratus batu jaraknya daripada beliau, Ibnu Umar yang boleh menjinakkan singa, kisah seorang Wali dari Jawa yang telah pergi solat Jumaat di Masjidilharam dalam perjalanan sedetik sahaja, lalu menghadiahkan buah durian kepada tuan gurunya di sana, kisah Syeikh Nawawi Bantan, bila dibukakan keranda untuk dikebumikan jenazahnya, jenazahnya sudah tiada, lalu dikebumikanlah kerandanya itu.

Jadi satu persoalan pokok di sini adalah menentukan Imam Mahdi adalah persoalan khilafiah dan boleh diijtihadkan.

Ijmak ulama menentukan demikian kerana hanya satu Imam Mahdi hak yang akan muncul..Ijtihad demi ijtihad, satu ijtihad sahaja yang akan benar….

Dan mempercayai ijtihad siapa Imam Mahdi itu tidak langsung menyesatkan akidah seseorang Muslim.

——————————————————————-

Sumber Rujukan :

1. Imam Mahdi : Rahsia Kegemilangan Umat Islam Pd Zaman Moden:2002 Hawari b. Abd Malik[Limited Edition dan Edaran Eksklusif : Saiz A4 : 477 pages]

2. Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam : Sekaligus menjawab tuduhan:1986 : Ustaz Ashaari Muhammad.

Link : Ustaz Sayid Taha Suhaimi - He Who Showed The Path

December 24, 2006 Posted by heliconia | Mahdi, Melayu, PENYELAMAT | , , | 4 Comments