About Heliconia Weblog : 2011 in review – delayed
The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.
Click here to see the complete report in colour and flashes :
Excerpts :
The busiest day of the year was October 14th with 1,614 views. The most popular post that day was Eksklusif : Kelab Taat Suami terbit buku seks. Menjawab Berita Harian
These are the posts that got the most views in 2011. You can see all of the year’s most-viewed posts in your Site Stats.
- 1 Eksklusif : Kelab Taat Suami terbit buku seks. Menjawab Berita Harian ! 17 comments October 2011
- 2 Keajaiban Abuya : diiringi malaikat?! 25 comments December 2006
- 3 Kelab Taat Suami – susahnya menjadi isteri taat…!! 16 comments June 2011
- 4 JAKIM : Tarikat Naqsyabandi Haqqani turut SESAT.. 90 comments April 2007
- 5 Pengalaman Ustazah Hatijah Aam bertemu Rasulullah SAW 2 comments October 2011
Where did they come from? Who were the most active commentators?
Gereja Evangelical juga mula memperjuangkan ‘seks suci’
VINCENT YU/AP - Rick Warren, Tim Keller and a number of other prominent Christian leaders are promoting the joys of married sex to a culture largely averse to traditional approaches to marriage and sexuality - Washington Post-
(Kristian sedang dirobah untuk Islam bersama Nabi Isa a.s) ?
Terjemahan dari :
Washington Post’s : Christian leaders talk about marriage and sex by Lisa Miller. Ikuti Q&A dengan Lisa Miller berkenaan topik ini di sini.
___________________________________________________________________________
PEMIMPIN-PEMIMPIN KRISTIAN BERCAKAP TENTANG PERKAHWINAN DAN SEKS
Penganut Kristian mazhab Evangelical mahu berbincang tentang seks. Bukan dengan cara lama yang terhad dan berbentuk menghukum. Mereka ingin berbincang tentang seks panas – asalkan ia dikaitkan diantara lelaki dan wanita yang berstatus suami dan isteri. Warren, dianggap sebagai paderi Evangelical yang terhormat di dalam negara, akan berjuang di dalam hal ini, ini menunjukkan perkara ini amat penting kepada para pengikutnya.
Warren yang mempunyai watak peramah dan penyayang, kadang-kadang agak terlebih dalam perkongsian pengalamannya dan di dalam tweeter yang lain, beliau menulis: ” Seks dengan 1 isteri BUKANLAH macam main 1 piring hitam berulang-ulang kali tetapi seperti belajar satu alat muzik dengan baik untuk menghasilkan alunan muzik yang merdu bertahun-tahun!” ( Saya hampir nampak pipi isterinya yang bernama Kay kemerahan, dia lebih terkawal perasaannya dan nampak lebih berahsia dari suaminya).
Revolusi seks ini tidak dapat dielakkan disebabkan oleh generasi Kristian yang menolak secara terang-terangan sikap munafik;” Jangan buat perkara itu sebab saya kata jangan”, cara didikan seks dan etika kemasyarakatan waktu zaman nenek moyang mereka.
Menurut artikel dalam majalah Kristian Relevant, 80 peratus penganut Kristian melakukan hubungan seks sebelum berkahwin, berbanding dengan 88 peratus masyarakat umum. Menurut ” UnKristian ( BukanKristian), sebuah buku ditulis oleh David Kinnaman and Gabe Lyons dalam tahun 2008, 44 peratus penganut Kristian yang kembali semula kpd ajarannya(born-again Christians) yang berumur 23 to 41 tahun berkeyakinan bahawa seks di luar perkahwinan adalah diterima dari segi moral, berbanding dengan 23 peratus dari golongan yang lebih tua. Kadar perceraian di kalangan evangelicals adalah sama dengan masyarakat umum yang lain.
Lebih-lebih lagi , model perkahwinan Kristian, secara tradisinya merupakan satu keadaan di mana seorang isteri menurut kehendak suaminya seperti mana yang dilakukan oleh seorang Kristian pada Tuhannya tetapi kebanyakan wanita evangelical sedang dalam gerakan pembebasan diri mereka sendiri. Mereka sedang menterjemah ayat-ayat kitab Suci yang memerintahkan mereka ‘tunduk’ dan ‘taat’ dan mereka tidak lagi berpuas hati dan tidak mahu dikenal lagi dengan wanita yang pendiam, lemah lembut dan kumpulan yang menyedihkan yang tidak berpeluang untuk mengalami era kebebasan abad ke21,” mengikut yang tertulis dalam penutup buku karangan Jonalyn Fincher “UnChristian.”
Lisa Miller:I have heard Warren on marriage and think he is convincing. He has a "warts and all" approach to talking about marriage that is both warm and realistic. He once said to me, "Before marriage, opposites attract. After marriage, opposites attack." In other words, he doesn't sentimentalize marriage nor do he and Kay act as though they have any perfect arrangement. I think his discourses on marriage are one of his great strengths.
Dengan cara yang sama, kepuasan seks dalam sejarah wanita Kristian tidak pernah menjadi sesuatu yang dikira penting. Malah pada hari ini, website Focus on the Family Web site memasukkan kategori seperti ” Memahami Keperluan Seks Suami Anda” dan “Bila Suami Anda Tidak Berminat Dengan Seks.”
Cara baru untuk bercakap tentang seks adalah dengan bertemu penganut Kristian di mana mereka berada. Dengan menceritakan pengalaman intim dalam perhubungan perkahwinan, para pemimpin Kristian berharap dapat meyakinkan generasi muda tentang apa yang mereka gelarkan ” Perkahwinan Suci” – hubungan yang setia, monogami dan kesatuan heteroseksual dihadapan Tuhan – semua ini adalah relevan dan berharga di zaman moden ini.
Dengan lebih ringkas:
Mereka mengharapkan dengan janji seks panas akan memastikan anak-anak generasi muda tidak berpaling dari gereja. Read the rest of this entry
Operasi menawan Eropah (Khususnya England)
Kata Sayidina Ali KMW, "Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."
1. Abuya memberi fokus kepada Eropah khususnya United Kingdom sejak 1991 lagi dengan pelancaran buku ‘Barat Di Ambang Maut’ atau dikenali dengan nama ‘The West on the Brink of Death.‘ Pada tahun itu juga ditubuhkan satu syarikat bernama Asoib International juga sebagai penerbit buku dan telah dilancarkan di sebuah hotel mewah di London. Satu langkah yang cukup berani ibarat menuding jari pada batang hidung barat dengan mengatakan ‘Awak ni nak mati dah!‘ Ketika itu Sungai Penchala pejabatnya masih separuh batu dan separuh kayu. Manakala Barat adalah empayar yang memerintah dunia dengan gagahnya.
Siapa yang mengarahkannya kalau bukan dari percaturan akhir zaman oleh Rasulullah SAW serta Imam Mahdi yang berperanan di balik tabir. Memang Abuya telah memberi pukulan maut kepada Barat dalam buku tersebut sehingga membuka mata umat Islam yang selama ini sangat menyanjungi dan merujuk kepada Barat.
Kemudian Abuya bermusafir ke seluruh Eropah selama sebulan menabur barokah dan menanam benih iman dan Islam, menempuh hampir 15 buah negara Eropah tidak kira kecil dan besar hingga sampailah ke Turki dengan berkenderaan.
Generasi Harapan mengambil bahagian dalam satu expo di Lyons Perancis. Kumpulan ini terdiri sepenuhnya dari anak-anak Abuya.
Beberapa tahun kebelakangan ini Abuya sentiasa menghantar anak-anaknya atas nama Generasi Harapan menyambung kerja-kerja Abuya dahulu. Beberapa konsert ‘Tour Eropah’ telah dibuat di Perancis, German dan UK untuk membuka semula Eropah.
2. Kini dua puluh tahun (20) sudah berlalu. Sekarang 2011 dan tahun depan adalah ‘kiamat’ untuk Yahudi. Barat memang sudah nazak. Suara nazaknya tidak dapat ditutup-tutup lagi. Sekali lagi Abuya datangkan team dan wakil-wakilnya untuk memberi pukulan TKO (Total Knock Out) kepada Yahudi atau Barat. Terasa Rasulullah dan teamnya di sebalik tabir benar-benar mencatur satu kematian untuk pengaruh Yahudi dan di atas itu akan dibina dan dilonjakkan sebuah kebangkitan Islam kali kedua. Islam di Eropah semakin kuat dan semakin menjadi alternatif. Disini 75% rakyat Kristiannya dah tak percaya Tuhan termasuk para pemimpin mereka.Perayaan Krismas hanya jadi budaya. England ada 65 juta penduduk dan sekitar 10 juta menetap di London dan sekitarnya. Banyak gereja kosong dan banyak juga yang sudah bertukar menjadi masjid.
3. Terasa sekarang, sejak mula datang pada 24 Julai 2011 lagi dari sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya
berbagai keajaiban berlaku untuk mengIslamkan Eropah. Contoh kecil…nombor telefon kami main ambil saja dan bukan kami pilih. Bila balik tengok tiba-tiba dapat nombor ajaib 313 dihujungnya dan nombor itulah menjadi nombor perhubungan kami di UK untuk semua urusan Nur Muhammad ataupun OWC dulu dan sekarang. ( 313 menurut hadis-hadis dan asar sahabat adalah bilangan tentera Imam Mahdi di akhir zaman)
Baru genap 4 bulan di London kita sudah ada 2 kenderaan – satu sedan, satu MPV serta sebuah rumah sewa di Uxbridge, 10 minit dari Lapangan Terbang Heathrow.
Sebelum itu, sebulan selepas datang kita sudah dapat cafe 3 tingkat, Nur Muhammad Cafe. Basement bawah sepenuhnya adalah dapur yang agak besar. Ground Floor boleh memuatkan 30 orang makan dan di tingkat satu ada 2 bilik tempat tinggal. Proses mendapatkan café juga satu keajaiban yang besar. Setelah kita mencari beberapa pilihan di internet dan pergi berunding dengan tuannya, akhirnya kita mendapat tawaran yang terbaik di suatu tempat bernama Greenwich yang lokasinya hanya 30 minit perjalanan bas dari Central London. Terletak di belakangnya adalah sungai Thames.
Kita juga dimudahkan tawarannya tanpa perlu membayar kos bayaran membeli business dulu yakni, ditangguhkan selepas 3 bulan barulah dibayar. Kita hanya bayar 3 bulan sewa dan 3 bulan deposit (jumlah dlm 10ribu pound) dah boleh masuk terus untuk berniaga. Bayaran beli business dikurangkan dari 20 ribu kepada 10 ribu pound pula kemudiannya, setelah owner kenal hati budi kita. Tempat-tempat lain kebiasaannya meminta sekitar 25 ke 30 ribu pound bayaran awal baru boleh ambil alih kedai. Itu standard. Kemudian ditambah lagi dgn sewa 3 bulan dan deposit 3 bulan lagi akan menjadikan sekitar 40 ribu pound.
Jelas semuanya keajaiban dimana semuanya dimudahkan untuk kita. Yang lebih mengejutkan, kemudian baru diketahui bahawa Lokasi Greenwich merupakan tempat pelancongan yang terkenal di London. Ia termasuk dalam senarai top 10 untuk dilawati walaupun UK mempunyai beratus lokasi pelancongan. Ini ialah kerana Greenwich terkenal sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa, Greenwich Meridian Time – GMT atau 0 longitude dan di sini juga ada muzium Royal Navy. Greenwich merupakan bandar di raja pada kurun ke 16 dan 17 dahulu ketika British menjadi empayar. Terkini, Greenwich tersenarai top 10 tempat yang terbaik dilawati didunia oleh Frommers Travel Guide untuk tahun 2012 nanti. Pada tahun depan, Greenwich akan menerima cable car bernilai 50 juta pound menyeberangi sungai Thames dan juga pusat bagi Olympic 2012 untuk acara Equistrian iaitu berkuda di Greenwich Park. Satu keajaiban begitu sekali percaturan lokasi tapak untuk London yang begitu strategik dan menarik.
4. Ahli di sini 12 orang sahaja. 7 remaja berumur 15 ke 20 tahun dan 5 dewasa termasuk seorang cucu Abuya, Abu Darda Ikramullah. Aktiviti di London ini bermula dgn pelancaran Kelab Taat Suami pada 26 Julai 2011 di Holiday Villa. Selepas itu kita mendapat tawaran mengisi rancangan TV Iran iaitu Sahar TV sebanyak 2 sessi wawancara selama 45 minit membicarakan hal poligami dan juga bagaimana GISB menangani masalah remaja.
5. Bermula dengan menumpang-numpang tinggal dirumah simpati, jemaah menjadi rancak bila kami mendapat kereta dan rumah sendiri di Uxbridge – 10 minit dari Heathrow airport. Banyaklah kerja-kerja ziarah dan bermasyarakat dapat dibuat pada masa tersebut. Keadaan menjadi makin meriah bilamana kami mendapat café di Greenwich. Kami menawarkan masakan Malaysia dan Thai dan kami telah membuat bebarapa jamuan percuma dan terakhir ketika hari terbuka Raya Haji kami menerima tetamu seramai hampir 100 orang pelbagai bangsa datang makan di cafe Nur Muhammad. Nama Nur Muhammad yang luar biasa membuatkan ramai yang tertarik dan kagum.
6. Wakil TV BBC London telah datang untuk membuat dokumentari kehidupan keluarga poligami dan sudah bebarapa kali datang shooting di rumah dan di cafe. Pengarahnya seorang Islam Pakistan sangat tertarik bukan hal poligami sahaja yang hendak difilemkan, beliau juga tertarik dengan konsep Islamic Edutourism yg dilagang oleh Abuya.
7. Seterusnya kami didatangi oleh dua pemuda bernama Mizan dan Mustafa yang berbangsa Pakistan dan Bangladesh. Mereka datang dari organisasi Muslim Marriage Event yang aktivitinya berkait hal kekeluargaan dan mencari jodoh. Mereka sangat berminat dengan Kelab Taat Suami / Obedient Wives Club yang diikuti sejak awal di UK ini.
Berdialog di cafe selama 2 jam berkait dengan KTS dan organisasi GISB serta Abuya, kita berterus terang tentang semua hal termasuk Abuya sebagai PBT dan kedatangan Al Mahdi yang sangat dekat.
Mereka berfikiran terbuka dan sangat menerima bahkan merekalah yang mengaturkan dan membiayai program dialog poligami serta OWC dengan masyarakat UK, menjemput press, TV dan radio serta akhbar pada program 23 November 2011 lalu di tengah-tengah kota London.
Dialog selama 1 jam setengah itu sangat hangat dan rancak dengan kehadiran seramai sekitar 60 orang lelaki dan wanita termasuk press. Soalan banyak berkait dengan hal poligami. Rentetan dari itu, keesokan harinya kami diinterview melalui telefon oleh BBC Radio selama 10 minit dan hari berikutnya juga diinterview melalui telefon oleh radio BBC lain. Kemuncaknya ialah pada 1 Muharram, 10 siaran BBC radio dari seluruh UK selama 2 jam. Kami seolah-oleh dibawa berarak dari satu stesen radio ke stesen lain dan disoal DJ tempatan selama 5 hingga 10 minit. Setiap radio mempunyai 4 – 7 juta pendengar merangkumi UK, termasuk Ireland. Perarakan maya suara kebenaran dan promosi minda Abuya selama 2 jam secara terbuka seluruh UK. Semua DJ memulakan dialog dengan kata-kata
” Kelab Taat Suami yang penuh kontroversi di dunia, sekarang sudah bertapak di UK, berpusat di London!’
8. Sesungguhnya semua ini adalah benar-benar keajaiban yang dipersiapkan bagi menawan Eropah untuk diIslamkan secara menyeluruh. Ini baru permualaan. InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar keajaiban yang lebih besar lagi akan berlaku !
Laporan wakil GISB di London. Petikan Bulletin Nur Muhammad Muharram 1433H
Dunia Menunggu Penyelamat
Baca pautan di blog ini : Tercari-cari Imam Mahdi
Mengikut keterangan Hadis, Kegemilangan Islam kali kedua adalah di akhir zaman. Tapaknya adalah perjuangan dan jemaah yang diteraju oleh Ikhwan. Begitulah jawapan yang diberi oleh Rasul Akhir Zaman kepada para Sahabat Ridwanullahu’alaihim. Pemimpinnya adalah Putra Bani Tamim; Mujaddid Akhir Zaman. Para-para Sahabat sangat iri hati mendengar keterangannya. Ada yang berdoa agar umur panjang. Ia bermula dari Timur.
Kemuncaknya adalah berpusat di Makkatul Mukarramah, pusat pentadbiran. Jemaah Ikhwan ini adalah bayangan jemaah Sahabat di zaman silam. Bilangan mereka sedikit tapi solid. Ikhwan bermaksud pejuang-pejuang yang menjadikan Tuhan sebagai ‘kawan’. Juga Ikhwan di antara satu sama lain sebagai persaudaraan. Mereka Ruhbanu billail wa Fursanu fin Nahar. Malam jadi abid, siang menjadi pejuang.
Mereka di antara satu sama lain seperti satu ibu dan satu ayah yang penyayang. Rupanya setiap kemenangan yang akan diperolehi oleh umat Islam di setiap zaman. Pejuangnya sudah dibayang. Macamlah kemenangan Muhammad al-Fateh. Bersama pejuang-pejuangnya ke atas Konstantinopel. Ciri-cirinya telah dibayangkan. Iaitu pemimpin yang baik, tentera yang baik, rakyat yang baik di zamannya.
Setelah ciri-ciri ini wujud dengan sempurna diberilah kemenangan.
Begitulah kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman. Bila ciri-cirinya wujud di dalam jemaah pejuang-pejuangnya. Tuhan akan memberi kemenangan. Ia pasti berlaku kerana itu adalah janji Tuhan. Mana-mana jemaah Islam akhir zaman di Timur dapat mengisi ciri yang telah digambarkan, itulah dia jemaah Ikhwan. Kepada tangan mereka itulah yang akan diberi kemenangan. Selain jemaah ini, semuanya kecundang. Marilah kita membaiki diri bersungguh-sungguh. Agar ciri-ciri sempurna untuk kemenangan.
Petikan Bulletin Nur Muhammad : Muharram 1433H
Jadikanlah diri kita di kalangan yang menjadi kerinduan Rasulullah di akhir zaman..
Suatu hari Rasulullah SAW bertanya kepada para Sahabat, “Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?”
“Malaikat,” jawab para Sahabat.
“Bagaimanalah para malaikat tidak beriman dengan Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jawab baginda menafikan.
“Para nabi,” jawab Sahabat lagi.
“Bagaimanalah para nabi tidak beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.” Nabi membantah lagi jawapan Sahabat.
“Kami Sahabatmu?!” Jawab Sahabat lagi.
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu?” Jawab Nabi.
Akhirnya Rasul bersabda:
“Makhluk paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka tidak pernah berjumpa tetapi beriman denganku. Tapi mereka mencintai aku melebihi anak dan orang-orang tua mereka. Mereka ialah Ikhwanku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya.”
“Wahai Abu Bakar,” Rasulullah bersabda, “Adakah kamu tidak akan merindui Ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau Sahabatku.”
Rasulullah SAW menyambung lagi:
“Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah ( tujuh kali) orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku.”
Ketahuilah sesungguhnya Rasulullah SAW itu amat merindui satu toifah dari umatnya yang datang di akhir zaman yang berakhlak seperti akhlak nabi-nabi dan berpegang teguh dengan jalan-jalan para siddiqin.
Mereka ialah orang-orang ganjil di kalangan awamul muslimin.
One day the Messenger of Allah (PBUH: peace be upon him) asked his companions: “Which of God’s creatures possess the most amazing iman (faith)?”
“The Angels,” answered his companions.
“How would the Angels not have faith in Allah when they are always close to Him,” replied the Messenger in disagreement.
“The prophets,” answered the other companions.
“How would the prophets not have faith when words of God are revealed unto them?” the Messenger disagreed.
“We – your companions?” the companions suggested.
“How would you not have faith when I am always amidst you?” retorted the Messenger.
Finally the Messenger decreed:
“The creatures with the most amazing iman are those who live after me. They have never met me but they declare faith in me. They love me more than they love their children and elders. They are my Ikhwan (Brothers). They read the Quran and are faithful to all its contents.”
(Related by Abu Ya’la)“O Abu Bakr,” the Messenger of Allah (PBUH) asked, “Do you not long for my Ikhwan since they also love you because you are my companion?”
(Related by Ibnu Hajar Asqalani)
The Messenger of Allah (PBUH) continued:
“Good tidings for those who meet and declare faith in me. And sevenfold good tidings for those who declare faith in me but have never met me.”
(Related by Ahmad)
Let it be known to you, that the Messenger of Allah (PBUH) longs for a tha’ifah (group) from amongst his ummah near the end of time; an ummah whose morals are akin to the prophets’ and who remain steadfast to the ways of the siddiqin (righteous). They are the strange ones among the general Muslim population.
Jumpa dan Berbual-bual dengan Tuhan
Orang Islam sepatutnya oleh kerana sudah lama mendirikan bersembahyang, rohnya sangat aktif. Foto : Umat Islam bersolat di Masjid di Xining, China
Orang Islam sangat istimewa. Tiap-tiap hari 5 kali dipanggil Tuhan untuk berjumpa dan berbual-bual bahkan untuk diberi kemenangan.
Untuk pertemuan itu, badan disucikan, baju dan pakaian dikemaskan, sejadah dibentangkan dan muka mengadap ke Kaabah. Jumpa ramai-ramai boleh, sendirian juga dibenarkan. Namun setiap hamba itu diberi peluang sepenuhnya untuk bercakap-cakap kepada Tuhan.
Menggunakan bahasa Arab kita pun berkata-katalah kepada-Nya yang ghaib (tidak dapat dilihat dengan mata lahiriah). Dia mendengar tapi tidak menjawab secara langsung. Segala apa yang berlaku dalam hidup kita, adalah reaksi Tuhan hasil sembahyang kita.
Kenapa ya kerap sangat Tuhan minta kita berjumpa dengan-Nya, sehari sampai 5 kali? Tentulah salah satu sebabnya ialah sebagai latihan untuk hati atau roh orang Islam bekerja atau aktif. Perhubungan dengan Tuhan ialah perhubungan hati, bukan akal, lebih-lebih lagi bukan fizikal. Hati kitalah yang bercakap-cakap dengan Tuhan. Ertinya hubungan hati, bukannya hubungan secara ilmu dan fizikal.
Orang Islam sepatutnya, oleh kerana sudah lama mendirikan sembahyang, rohnya sangat aktif. Sebab 1 hari 5 kali roh ‘berulang alik mikraj ke Sidratul Muntaha’ untuk mengadap Allah. Hinggakan rohnya itu sangat jatuh cinta kepada Allah dan tidak lagi bekerja dan meminta-minta kepada selain Allah. Dia mampu full time dengan Allah.
Petikan Bulletin Nur Muhammad Muharram 1433H.
Mesti Baca : Buku Catatan Sejarah Rasulullah SAW
Apakah engkau benar-benar kenal Nabimu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani,
maknawi dan rohaninya
Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja,
tidak lebih dari itu?
Atau engkau kenal secara rambang sahaja?
Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin,
jasmani, rohaniahnya peribadi Nabimu,
pasti engkau jatuh hati kepadanya
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya
Buku berkulit tebal sebanyak 31 Bab dan 513 halaman ini, adalah satu buku yang telah membuatkan para pembaca taksubkepada baginda serta roh perjuangannya. Disusun oleh Ustaz Nasaruddin Awang dengan Prakata oleh Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid.
Di halaman terakhir tertulis indah,
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Salam Rindu Kepada Rasulullah SAW, Ahli Keluarganya dan Para Sahabatnya
serta teks Arab dan terjemahan Selawat Badawi.
Pautan : Baca Maulid At Tamimi karangan Abuya Ashaari Muhammad.dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam bahasa Inggeris.
Bantuan-bantuan yang diterima Abuya Ashaari sepanjang perjuangannya
Di sini saya petik dari bab 7, sebuah buku publikasi Penerbit Giliran Timur, Jakarta berjodol Biografi Abuya 63 tahun tulisan Ustazah Hatijah Aam yang diterbitkan pada tahun 2000
—————————————————————————————————————————————————————
Bagaimana bantuan Allah terhadap Abuya dan jemaah Darul Arqam? Bantuan-bantuan yang diterima semenjak masih kecil lagi hinggalah ke hari ini untuk memperlihatkan kebenaran bahawa ini merupakan pilihan dan lantikan dari Allah.
Dari kecil lagi beliau sudah dibantu Allah. Abuya pernah mengajar di sekolah agama kerajaan. Oleh kerana bukan bidang beliau untuk mengajar, sebaliknya memperjuangkan Islam, mengajar ini merupakan suatu aktiviti sambilan sementara mendapat amanah yang lebih besar. Oleh kerana mengajar bukan minat utamanya, beliau selalu tidak menyiapkan laporan persediaan mengajar, walaupun beliau mengajar juga. Pernah setahun beliau tidak menulis laporan mengajar sedangkan setiap minggu wajib dihantar kepada guru besar. Yang peliknya, guru besar dan guru kanan tidak kisah langsung. Mereka faham sangat dengan Abuya. Mereka sudah kenal peribadi beliau. Mereka juga tidak pernah marah, sedangkan guru-guru lain selalu kena marah. Di waktu yang lain, kebanyakan guru-guru di sekolah tersebut merujuk permasalahan mereka kepada Abuya. Ini merupakan suatu hal yang aneh.
Selalu beliau ditahan polis semasa road-block, tetapi lepas walaupun kadang-kadang tak ada lesen atau road-tax. Suatu hari
pernah dibawa ke balai. Polis Cina yang mengambil statement itu tak jadi hendak hukum. Biasanya kalau sudah ke tahap itu akan didenda. Sebaliknya tidak berlaku. Pegawai itu hanya menasihatinya ” Encik, eloklah Encik ada lesen, kalau langgar orang ni bahaya.” Akhirnya beliau pun dibebaskan.
Pernah sekali ada road-block, tiba-tiba dah masuk kawasannya, kiri, kanan, depan,belakang dah ada polis. Seorang polis sahaja yang mendatangi beliau. Katanya ” Pergi cepat, kalau yang lain datang, kena ni!” Abuya pun jalanlah. Terlepas dari tindakan. Kita lihat dalam hal-hal kecil sebegitu pun Allah selamatkan. Tidak diperhinakan, dimarahi atau dicaci-caci oleh musuh.
Bila berjuang bersama PAS, memang selalu orang-orang PAS bergaduh dengan orang-orang UMNO. Selalu saling pukul-memukul, hilang tangga rumah, motor selalu dimasukkan garam di tangki minyak, bahkan ada yang dicampak ke dalam sungai. Bermacam-macamlah pergaduhan sengit dengan orang UMNO. Sewaktu itu Abuya tinggal selama enam tahun di tanah perkuburan. Rumahnya di kawasan tanah perkuburan. Menurut Ustazah Naemah adik Abuya, kalau pergi ke rumah abangnya beliau memang takut hendak tidur. Sebab kelip-kelip yang jaga kubur selalu masuk ke dalam rumah tersebut. Rumah pula tiada kunci. Ummu Jah bertanya “ Apahal ustaz begitu sekali susahnya, padahal di waktu itu sudah menjadi guru?” Abuya jawab “ Sengaja, sebab dekat dengan sekolah”. Rumah itu juga daif, senget macam nak terbalik, tetapi sengaja beliau tinggal di situ.
Jadi rumahnya di atas tanah perkuburan, berdekatan masjid. Selalu beliau mengambil wuduk atau mandi di perigi berdekatan masjid. Suatu pagi Abuya sedang bersiap-siap hendak mengambil wuduk, tiba-tiba datang Imam dan Tok Siak. Seorang bawa lampu suluh, seorang lagi membawa kayu, bertujuan hendak memukul beliau. Jadi seorang suluh muka Abuya, Imam pula bersyarah “Oh! Kamu nak tunjuk lagak ya! Datang kampung ni nak memandai!” Ini semua adalah kerana pergeseran antara UMNO dan PAS. Pada waktu itu Abuya dah bersiap-siap ingin mempertahankan diri. Jika mereka memukul, InsyaAllah beliau akan bersilat. Tetapi ketika Abuya nak lawan, tiba-tiba mereka berdua cabut lari. Ini yang pelik. Apa agaknya yang mereka nampak. Mereka berdua, ada kayu, tetapi mereka cabut lari. Ini semua bantuan Allah.
Pernah semasa Abuya membawa motor, beliau ditahan di satu selekoh. Mereka sudah bersiap dengan kayu. Kalau berhenti pun kena, tidak berhenti pun kena. Jadi lebih baik berhenti supaya tidak terbalik motor itu. Sebaik berhenti sahaja, mereka yang ingin memukul beliau mengangkat kayu, tetapi tiba-tiba mereka lari. Abuya juga merasa pelik. Sedangkan dalam waktu itu belum wujud Darul Arqam dan cerita-cerita kerohanian.
Bahkan semasa Sungai Penchala mula dibuka pun memang berlaku, orang sudah bawa parang nak serang surau Arqam di Sungai Penchala, itupun Allah selamatkan. Tidak terjadi apa-apa kejadian buruk. Read the rest of this entry
Pengalaman Aneh Kehidupan Abuya Ashaari Muhammad
Di sini saya petik dari bab 6, sebuah buku publikasi Penerbit Giliran Timur – Jakarta, Biografi Abuya 63 tahun tulisan Ustazah Hatijah Aam yang diterbitkan pada tahun 2000. Semasa itu jemaah ini baru diharamkan di Malaysia 6 tahun sebelumnya, dan masih belum bernama. Di Indonesia ia halal. Bab ini bertajuk : Pengalaman Aneh Dalam Hidup Abuya.
———————————————————————————————————————————————————-
Pengalaman-pengalaman aneh Allah telah takdirkan dalam hidupnya supaya beliau diberi pengalaman dan kelayakan yang cukup sebagai seorang pemimpin. Pengalaman-pengalaman ini samada berlaku secara mimpi, secara perjalanan roh atau secara jaga. Peristiwa-peristiwa ini lebih banyak berlaku semasa Abuya berjuang di dalam PAS dan masih mencari-cari satu perjuangan yang haq.
Di antaranya beliau telah dibawa ke alam barzakh. Rohnya dibawa pergi. Di dalam pengembaraan itu ternampak pakciknya, arwah Wak Ibrahim yang sedang berpaut di satu palang kayu. Gambaran mukanya tidak terlalu gembira, juga tidak terlalu sedih. Mukanya tenang. Beliau dapat melihat roh-roh di alam barzakh.
Kemudian terdengar suatu pengumuman bermaksud lebih kurang, “Sebentar lagi akan datang seorang Jeneral Yahudi Israel datang ke alam kita”. Disaksikan oleh Abuya, belum sampai lagi mayat itu mencecah ke tanah, para malaikat sambar menyambar mengoyak-ngoyakkan jasad tersebut. Mungkin perkara tersirat yang hendak difahamkan Allah adalah, begitulah kebencian Allah kepada penguasa yang zalim, terutama di kalangan Yahudi. Jiwa Abuya ditanamkan rasa kebencian yang amat sangat kepada Yahudi, musuh Allah itu.
Di samping itu, dua kali Abuya diuji dengan ujian diambil nyawanya. Di dalam mimpi, dua orang malaikat datang mencuba-cuba menarik nyawanya. Bila terjaga, masih sangat terasa sakitnya seperti kejutan elektrik. Itu mungkin untuk mengingatkan betapa dahsyatnya maut. Seorang pejuang yang hendak menjadi orang Allah, dia mestilah cukup terdidik dengan kematian.
Selain itu Abuya pernah melihat dirinya di’overhaul’ atau di’post-mortem’. Ertinya, rohnya melihat fizikalnya sendiri. Jadi ada dua ‘Ashaari’ di waktu itu. Roh Ashaari melihat jasad Ashaari direpair, diperbetulkan. Katakan kalau muka atau badan ada yang perlu dibaiki, maka semasa itu dilakukan, dicantikkan. Dan yang melakukannya adalah gurunya semasa menuntut di Maahad Hishamuddin Klang, Sheikh Mahmud Bukhari. Semasa itu, fahamlah Abuya bahawa pengamalan sunnahnya masih belum kemas, belum cantik.
Pengalaman pelik lain, selama empat bulan beliau diserang sakit. Seperti malaria, tetapi bukan malaria. Selama 4 bulan itu, saya lihat dari cerita beliau, selama itulah dirinya semacam di’post-mortem’. Tiap malam dari jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi beliau dapat tidur. Dari jam 2.00 pagi hingga Subuh sukar sangat nak tidur. Tetapi kalau dapat tidur, beliau akan dibawa melawat ke masjid-masjid besar, berjumpa tuan-tuan guru. Susah tidur, bila tertidur walau sekejap, dapat mengembara ke tempat-tempat yang indah. Hingga beliau rasa rindu nak tidur. Selalunya orang sakit bermimpi perkara-perkara menakutkan, tetapi Abuya bermimpi mengembara menemui roh orang-orang soleh. Sejak itu juga beliau mendapat perasaan penyakit was-was dalam bersuci, berpunca kepada rasa takut-takut kepada Allah, rasa takut mati. Abuya merujuk hal ini kepada gurunya, Kiayi Dahlan.
Kiayi Dahlan berkata, ” Kalau seorang pencuri tahu di dalam sebuah rumah itu ada emas, maka pencuri akan akan selalu kepung rumah itu. Tetapi jika sebuah rumah tu tiada emas, dia tak kawal. Begitulah syaitan nampak, di dalam hati engkau tu ada emas, tempat kemasukan Nur Ilahi itu, dia tak boleh kacau. Jadi dia kacau yang lahir.”
Pengalaman aneh yang lain adalah sebanyak dua kali Abuya diperlihatkan keadaan hari kiamat. Amat dahsyat peristiwa kiamat itu.
Selain dari itu, dari kecil beliau seolah-olah dikawal supaya tidak dirosakkan. Pada zaman itu, zaman British, banyak
program-program yang merosakkan muda-mudi dan masyarakat seluruhnya. Bintang filem lebih dikenali, program sosial seperti pertunjukan pentas yang merosakkan serta pendedahan aurat merata-rata. Itulah kemuncak kemungkaran dan kemaksiatan yang disuntik melalui filem dan sebagainya. Sebab pada masa itu orang putih sudah bertapak di Malaysia. Abuya pula macam dikawal. Contohnya, sewaktu remaja, lazim tumbuh minat antara lelaki dan perempuan, ini fitrah dan satu perkara biasa. Tetapi selama dua tahun Abuya dibuang rasa suka pada perempuan. Selama dua tahun timbul perasaan benci kepada perempuan. Selamatlah beliau dari pergaulan bebas, atau hendak rasa jatuh hati pada wanita.
Pernah juga beliau terbawa-bawa dalam berkawan, diajak pergi menonton wayang. Kerana nak jaga hati kawan, beli tiket, masuk ke panggung. Sebaik masuk ke panggung, matanya rasa mengantuk yang teramat sangat. Jadi sepanjang tayangan filem, Abuya tidur dengan nyenyaknya. Bila beliau terjaga, filem pun selesai. Jadi semasa remajanya, beliau tidak sempat dimasuki penglihatan dan pergaulan yang merosakkan.![]()
Selain itu, dalam masa setahun, Abuya menjadi jam. Kawan-kawannya menggelarkannya jam. Mengapa? Sebab waktu bila sahaja beliau nak bangun tidur, InsyaAllah boleh bangun. Kawan-kawan berpesanlah, umpamanya, bangunkan saya jam 3.00 pagi. Maka hampir jam 3.00 pagi tu berlakulah seolah-olah hujung ibu jari kakinya ditarik orang, ditarik hingga terbangun. Tetapi tiada siapa yang menarik. Jadi mudah nak bangun pagi, katakanlah tidur sudah lewat, tetapi mudah bangun Subuh.
Selain itu, di berek kastam tempat tinggalnya, beliau memang kaki surau. Penghuni-penghuni di situ beliau memang seorang pemuda warak, berakhlak dan rajin ke surau. Di kastam, tinggal bersama ayah dan ibu tiri. Adik-adik pula masih kecil. Jadi Abuyalah yang menjadi anak dara ‘Bedah’ (gelaran ibu tirinya). Menyapu sampah, mencuci longkang, membasuh kain, pergi ke pasar, memasak. Itu pekerjaannya bila cuti sekolah, dan lazim dibuat sebelum ke sekolah. Jadi setiap pagi bangun jam 3.00, masak air, pergi ke surau. Atau selalunya memang beliau tidur di surau. Sebab rumah kastam tu kecil dan sempit, segan nak tidur di rumah. Selesa tidur di surau, setia jadi penghuni surau. Bangun jam 3.00 pagi, balik masak air, kemudian ke surau lagi, sembahyang hingga ke azan Subuh. Menjadi imam sembahyang. Selepas itu balik rumah buat air minuman, kemudian kayuh basikal ke sekolah.
Suatu malam di bulan Ramadhan, beliau plan nak tidur di surau. Bila semua orang dah balik beliau pun padam lampu dan duduk dalam samar-samar cahaya bulan. Tiba-tiba beliau dikejutkan dengan satu alur cahaya yang turun dari bumbung surau ke lantai, betul-betul di hadapannya. Seelok cahaya itu mencecah lantai, ia pun hilang. Abuya terpinga-pinga, terkejut, takut, lantas lari pulang ke rumah. Apabila diceritakan kepada ayahnya, ayahnya memberitahu, “Mungkin itu cahaya Lailatul Qadar, mengapa kau tak peluk?” Abuya jawab ” Nak peluk macamana? Takut!” Jadi itulah, Allah rezekikan beliau melihat cahaya Lailatul Qadar.
Ciri-ciri kelainan yang dapat kita lihat adalah dengan melihat perkahwinan Abuya Read the rest of this entry







